Skip to main content

kamera untuk belajar dan main-main saje ni....

assalamualaikum wrb...
sihat tak hari ini? kalau tak siap pergi makan ubat atau jumpa doktor ye,,... jangan jumpa bomoh pula.. hehe...

emm... semalam aku dan rakan-rakan sempat meredah hujan semata-mata untuk pergi ke "lowyatt moscow" yang terletak di sekitar Bagrationovskaya. memang sangat-sangat sejuk lar semalam. hehehe. tapi ok je. kena biasakan dengan sejuk-sejuk ni. nanti winter lagi lar sejuk..

hampir 2 jam juga kami kat dalam mall ni. ye lar. sampai pening kepala nak beli kamera. bukan ape yang aku beria-ria nak beli kamera. ini semua sebab nak study nanti lar. senior cakap lecturer kat sini cakap laju dan tanyang slide. so, untuk memudahkan aku study, aku kena ada satu kamera tuh...

jalan punya jalan, jumpa lar satu kedai ini. aku dah nekad nak beli. sebab penat berjalan. kalau aku tak beli, sia-sialah aku meredah hujan dan bila lagi aku nak beli. betul tak? so, aku beli lar yang murah-murah je..(harga malaysia lagi murah sikit). tapi ok lar untuk sementara ni kan.. hehe. aku nak simapn duit untuk beli kamera yang lain lagi... hahaha....

jom usha kamera aku sket....




biasa je kan? ok lar tu untuk buat sementara waktu ni...
ok lar. semoga kita jumpa lagi dalam entry yang lain ye,,,..


assalamualaikum wrb...

salam seribu kali sayang dari bumi moscow!





Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...