Skip to main content

kari istimewa dari moscow...

assalamualaikum wrb...
sihat semua? insyaAllah, semoga sihat selalu dan senyum sokmo ye...

fuhh...! ni first time masak kari kat rusia. agak-agak jadi tak kari kami? huhu.. alhamdulillah, boleh lar makan kari ni... agak sedap dan pedas. memang rasa malaysia lar orang cakap. ye lar. mane tak nya. hari-hari makan roti or pizza or kebab.... nak juga rasa malaysia kan...

proses penyediaan bahan.
yang special nya kari kami adalah kami letakkan cendawan butang kat dalam kuah tuh. amat-amat sedap... haha. ye lar. cendawan kat sini murah lar jugak. 90 RUB (bersamaan RM 9.00) seKILO.... aku beli 60 RUB je.. tu pon tak habis-habis lagi... banyak... hehe. 

bahan-bahan istimewa.
bahan import dari malaysia.
dapur di sini kena kongsi dengan orang lain pada aras yang sama (satu aras, satu dapur) memang seronok memasak ramai-ramai... huhu. ye lar, bila lagi nak masak ramai-ramai cam ni kan. sementara waktu terluang ni... huhu. boleh mengeratkan silaturahim.. hehe.

memasak bersama kawan-kawan.
wah... kari di atas dapur, macam sedap!

kuah kari banyak lebih (sengaja buat lebih), so, nak buat lempeng dan 'cicoh' dengan kari ni... sedap... mengimbau suasana di terengganu. hahaha. walaupun jauh di bumi rusia ini, masakan malaysia tak akan lupa. huhu. insyaAllah...

tepung untuk buat lempeng.
bancuhan lempeng yang sedia untuk dimasak.
lempeng yang sedia untuk dimakan.
ok lar.
sekadar itu sahaja untuk kali ini. moga dipertemukan Allah pada post yang akan datang. insyaAllah.

assalamualaikum wrb.

salam seribu kali sayang dari moscow!





Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...