Skip to main content

sebulan berlalu...

Assalamualaikum wrb.
Sihat semua? InsyaAllah, dengan nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah kita dapat melaksanakan amanah sebagai khalifah dibumi Allah ini.


Sedar tak sedar sudah sebulan aku di bumi soviet ini. Alhamdulillah, segala ketentuan dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Melayari kehidupan sebagai pelajar perubatan luar negara amat memerlukan aku untuk menjadi seorang yang tabah, cekal dan berpegang teguh dengan tali Allah. insyaAllah...

Dalam tempoh sebulan aku disini, sedikit sebanyak telah mengajar aku erti kehidupan. Dapat berkenalan dan melangkah ke dalam komuniti islam di rusia ini amat memberi makna kepada aku. Aku dapat melihat cara hidup mereka yang tabah menempuh segala onak dan duri sebagai kaum minoriti di sini. Di salah sebuah masjid yang telah aku lawati, aku telah diizinkan oleh Allah untuk melihat sendiri proses pengislaman dijalankan. Bangga dan sedih. Aku bangga kerana saudara seagama denganku telah bertambah tapi aku sedih kerana mengapa di negara islam seperti Malaysia proses pengislaman itu agak perlahan... Namun, apa yang pasti masyarakat islam di sini amat mesra dan baik hati.


Berjauhan dengan keluarga juga telah mematangkan diriku ini. Berjauhan bukan bererti aku bebas daripada pengawasan mereka. Bagi aku, restu dan berkat kedua ibu bapa adalah sangat penting. Walau jauh di mata, namun dekat di hati. Dengan teknologi yang ada pada hari ini, aku sentiasa dapat berhubungan dengan mereka serta ahli keluarga yang lain. InsyaAllah, dengan kepercayaan yang diberikan ini, aku akan gunakan sebaik mungkin demi mencapai cita-citaku dan membuat mereka bangga kelak. InsyaAllah. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku di sini. Amin...


Dalam masa sebulan ini juga, aku belajar erti persahabatan dan sebagainya. di sini, kawan ialah keluarga aku. aku akan tinggal dengan mereka selama 6 tahun akan datang. jadi, merekalah keluarga aku di sini. hurm... tapi sahabat-sahabatku di malaysia tidak sesekali aku lupakan. merekalah yang terbaik. huhuhu.. amat rindukan mereka dan aku berharap nak jumpa mereka tahun depan, insyaAllah...

emm.. dalam menempuh 6 tahun mendatang ini, aku berdoa agar aku diberikan kekuatan oleh Allah untuk menempuh segala liku-liku di sini. aku juga berdoa agar segala urusan aku di sini dipermudahkan segalanya dan menjadi seorang hamba yang lebih dekat kepada Pencitanya.... insyaAllah... amin...

itu sahaja bingkisan aku pada kali ini. insyaAllah, semoga dipertemukan oleh Allah kelak. insyaAllah.

assalamualaikum wrb...

salam seribu kali sayang dari bumi rusia!







Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...