Skip to main content

Masjid Memorial, Moscow, Russia & Park Pobedy

assalamualaikum wrb....
apa khabar anda semua? semoga kita masih lagi diberi kesihatan serta kekuatan oleh Allah untuk menghidupkan bumi Allah ini... insyaAllah...


masjid ke tiga aku lawati, masjid sabornaya.
alhamdulillah, syukur sangat kepada Sang Pencipta kerana dengan izin-Nya dapat aku serta sahabat yang lain memijakkan kaki di sebuah lagi masjid yang berada di bumi moscow, rusia ini. masjid tersebuta adalah Masjid Memorial yang terletak di jalan Minskaya, 2B (berhampiran metro park pobedi). perasaan ku amat gembira apabila mendapat ajakan daripada abg senior, abg azarashari @ abg bedeck untuk ke masjid ini.... yuppy!!! hahaha..

pada petang itu, suasana agak mendung (hujan dah renyai-renyai) dan sejuk. namun, niat ikhlas kami untuk ke sana seakan di dengar oleh Allah. hujan beransur reda dan suasana kembali terang. alhamdulillah.... dalam perjalanan ke sana, abg bedeck juga menunjukkan aku tempat-tempat yang cantik untuk bergambar... hehe, (tp abg bedeck ni malu nak bergambar dgn kami.. aiseh.... huhu) nama tempat tuh aku tak sure, tapi memang cantik kalau nak bergambar.... tak percaya, tengok gambar-gambar di bawah...


me!


me and wafiq.


me, wafiq and fakrul.


me, wafiq, fakrul and fitri.


taman yang sangat cantik.


tengok awan kat belakang tu...


abg bedeck and fitri.


perjalanan mencari nur islam...


susana sekitar taman.


it's me!


tugu.


patung arnab.


macam-macam..


di celah-celah.... hehe..


merenung masa depan...


autumn season.


menuju ke arah yang dituju....

setelah 2 jam lebih juga perjalanan kami ini, akhirnya kami sampai di tempat yang dituju. alhamdulillah.. sedih dan bangga apabila melihat sebuah masjid yang tersergam indah di bumi moscow ini. kami juga sempat menunaikan solat fardhu asar yang diimam kan oleh abg bedeck... suasana dalam masjid cukup indah dan amat menenangkan jiwa ini...

dari jauh kelihatan masjid tersebut.


di hadapan pagar masjid.


kawasan luar masjid.




tempat wuduk yang sangat selesa.


sempat untuk solat asar berjemaah...


bersama budak lelaki islam.


lampu masjid di bawah kubah.


alhamdulillah, termakbul hajat aku...


barang-barang yang dijual di sini.


perhiasan masjid.




di hadapan pintu masuk masjid.
sempat juga aku merakam video pendek suasana dalam masjid tersebut... tapi harap maaf jika visual kurang berkualiti ye....



alhamdulillah. dalam pada itu, aku juga berkesempatan untuk melihat imam masjid sedang mengislamkan saudara baru kita. pada mulanya kami semua membuat pelbagai andaian.. ada yang kate dieorang sedang bernikah la.. ape lar... last2 aku terdengar imam itu mengajar mereka mengucap dua kalimah syahadah... alhamdulillah.. bertambah umat islam di bumi moscow ini...

alhamdulillah, saudara baru kita..
Alamat:
Minskaya ulitsa, 2B, Moskva, Russia

SPECIAL TO:
ABG AZARASHARI, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK KERANA SUDI BAWA ASHRUL KE SINI, BELANJA SAMSA, BAYAR TAMBANG MASHRUT DAN BAGI MINUM AIR... walaupun abg letih baru balik dari kelas, abg sanggup bw ashrul and kwn2... terima kasih bnyk2.. moga Allah membalas jasa baik abg tu.. amin....



ok lar. tu je kot untuk post pada kali ini... insyaAllah, jika ada yang menarik, aku akan buat entry lagi ye... semoga kita dipertemukan Allah lagi. insyaAllah... 

assalamualaikum wrb..

salam sayang dari bumi moscow!






Comments

  1. canteknye pemandangann.btw,ee sensored la gmbang patong prg byk2 tu.haha

    ReplyDelete
  2. hehe.. tq. nk buat mcm mane.. dah ptung kat sini seksi2 blake... :)

    ReplyDelete
  3. fitriazizi : best laa kembara cari msjid...klu nk cri msjid lg,ajak laa yer

    ReplyDelete
  4. fitri: bereh boh.. insyaAllah..

    eR: insyaAllah, amin...

    ReplyDelete

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...