Skip to main content

hari yang meletihkan...

assalamualaikum wrb... dan salam sejahtera.
apa khabar anda semua? semoga kita masih lagi diberi kesihatan oleh Allah untuk melihat segala yang ada di dunia ini untuk diambil pengajaran. insyaAllah...


semalam merupakan hari yang amat meletihkan bagi aku. macam-macam yang berlaku semalam. aku keluar dari asrama pada pukul 9.30pagi untuk ke perpustakaan. agak jauh juga la perpustakaan itu, mengambil masa satu jam juga. tujuan aku dan rakan-rakan ke sana untuk mengambil buku teks yang agak banyak dan berat. hehehe... bile mula-mula tengok buku-buku itu, mengucap panjang aku. hahaha. sabar je la. demi ilmu aku sanggup buat apa saja. huhu.

kad perpustakaan

boleh baca tak?

inilah buku-buku yang dipinjam...

setelah selesai urusan di perpustakaan, kami balik ke asrama untuk menyimpan buku-buku itu dan juga untuk menunaikan solat zohor. setelah itu, aku dan rakan-rakan yang lain berkejar ke simatex (pejabat agen kami di sini) untuk mengambil 'entrance exam'. wow! agak penat.

soalan peperiksaan.

ketika peperiksaan.

beratur untuk hantar jawapan.

exam? agak susah juga la... soalan dia, ada 30 soalan semua sekali (10 soalan kimia, 10 soalan biology dan 10 soalan bahasa rusia). selepas exam ini, kami juga telah diarahkan untuk berkumpul di pejabat agen tersebut untuk mendengar sedikit 'taklimat' yang agak menguji keimanan aku...

mengenai taklimat itu, aku rasa tidak perlu diungkit lagi. apa yang pasti semalam adalah hari yang banyak menguji aku. alhamdulillah, aku tahu, Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi takat kemampuan hamba-Nya. so, chill!!! hehehe...

itu je kot untuk kali ini.
assalamualaikum wrb...

salam seribu kali sayang dari bumi moscow!





Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...