Skip to main content

roti canai di musim sejuk

assalamualaikum wrb...
apa kabo? *loghat trg....
huhu.... harap-harap semua teman-teman yang membaca  ni dalam keadaan sihat dan 'comel' belaka la ye... dan jangan lupa untuk mengucapkan syukur kpd Allah atas nikmat itu ye.. alhamdulillah..

gamabr roti canai sumbangan En. Google

ok! dalam cuti musim sejuk yang hanya berbaki beberapa hari lagi ni (actually dlm 2 hari kot...hehe), aku tetibe mengidam nak makan roti canai. wah2... mengidam pulak dah... hehe. so, apa lagi! buke la aku kat laman web www.myresipi.com untuk mencari resipi roti canai yang senang-senang... cari punya cari, jumpa la... ha..! apa lagi. excited la aku nak mencubanya. huhu...

cuba punya cuba, uli punya uli, bulat punya bulat.... akhirnya siapla... fuhhh! berdebar jugak bila masak roti canai tu. tgk bentuk, tak macam roti canai mana. bila rase....... hahahaha.... lain sikit la. huhu... x pe2.. baru pertama kali cuba. lain kali ok kot. insha Allah....

antara bahan-bahan yang digunakan untuk buat roti canai

doh yang siap dibulatkan.

inilah hasilnya. roti canai musim sejuk..! hehehe
ok guys, alhamdulillah, dengan usaha n dan tekad, aku berjaya buat roti canai ni, (*walaupun x sesedap kedai pok usop depan rumah)... huhu. jadi betulah kata pepatah arab, "man jadda wa jada". sesiapa yang berusaha, dia akan berjaya. dalam hidup ni, kita perlu mengamalkan konsep tu. jangan asyik duduk atas tikar sejadah je tanpa usaha! "Allah tidak akan menguabah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya..".

macam mana? terliur tak tengok roti canai musim sejuk aku? hahaha....  ok2. apa kata korang share la sikit petua turun temurun korang tu untuk menyedapkan roti canai ni. haha. ke ada pantang larang jugak nak buat roti canai ni? huhu.. *terfikir....

ok. jumpa lagi. assalamualaikum wrb..

SALAM SERIBU KALI SAYANG DARI BUMI MOSCOW!



jom like fan page FB  : 

Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...