Skip to main content

moscow berselawat!

assalamualaikum wrh...

huk..huk... (batuk)
habuk banyak sangat ni... hehe

apa khabar semua? harap-harap kita semua sihat la ye... alhamdulillah, pada hari ini kita masih lagi diberi nikmat yang paling besar iaitu, nikmat IMAN dan ISLAM.

hari ni hari ahad. so, kalau di moscow ni, hari ahad merupakan hari minggu. apa biasanya pelajar akan buat pada hari ini? of course la TIDUR kan.. hehe. itulah tabiat sebahagian kecil mereka yang bernama pelajar... *kadang2 aku juga termasuk kot.. hihiihi... 


alhamdulillah, hari ahad pada kali ini agak lain. Allah telah gerakkan hati-hati kami ke pejabat kedutaan Malaysia di Persekutuan Russia untuk menghadiri satu majlis yang sangat bermakna. iaitu majlis memperingati kelahiran seorang insan Agung yang bernama Muhammad ibn Abdullah SAW.... seorang insan yang begitu mulia di sisi Allah SWT.

pelbagai acara yang telah disusun rapi oleh pihak penganjur. memang best! huhu... contoh, forum, pentomin, dan juga berselawat beramai-ramai. untuk slot forum, pelbagai input yang menarik dan mantop telah dikongsikan oleh ahli panel. huhu... yang menariknya, ahli forum itu terdiri daripada pegawai kedutaan Malaysia di Persekutuaan Russia serta dua orang pelajar perubatan. ini membuatkan aku terfikir dan sedikit kagum. kenapa? kerana pelajar jurusan perubatan juga mampu bercakap atau berforum mengenai agama sehebat pelajar jurusan agama. wow! ini menandakan bahawa agama ISLAM bukan menyuruh umatnya untuk menjadi USTAZ atau USTAZAH sahaja... betul kan?

pada akhir program ini, kami berselawat beramai-ramai. bergema satu moscow *hiperbola sikit* dengan alunan memuji junjungan besar Muhammad SAW... alhamdulillah. semoga Allah mengekalkan serta meningkatkan kecintaan saya, kamu, kami, dan kita semua terhadap manusia agung, Nabi Muhammad. insha Allah. amenn...

dari kiri: moderator, pegawai kedutaan, pelajar tahun akhri RSMU dan pelajar tahun 5 MSMU.

forum yang menarik.

kehadiran tuan yang terutama dato' duta (bersongkok) sebagai
tanda sokongan kepada aktiviti pelajar di bumi soviet ini.

rasa cukup kot untuk kali ini. nak kembali untuk menghadap buku-buku yang banyak. doakan aku di sini ye.. insha Allah, meh kita berdoa untuk kejayaan dunia dan akhirat buat kita semua,... amenn... "aman!". suka aku tinggalkan  persoalan untuk difikirkan bersama...

"NABI MUHAMMAD SAW SANGAT MENCINTAI UMATNYA. NAMUN, SEJAUH MANAKAH KITA MENCINTAI BAGINDA? APAKAH PERKARA YANG MEMBUATKAN KITA SAYANG AKAN BAGINDA???"

assalamualaikum wrh....

salam seribu kali sayang dari bumi moscow!

Comments

  1. seronok membaca entry2 para musafir..kerana berkaitan cara menjalani kehidupan di negara luar..:)
    muga terus sukses.InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. abg apik... jgn lupa baca entry Cuya tajuk SCR yer..... komen jgn tak komen.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...