Skip to main content

siapa Rasulullah dalam hati kita?


"dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"
 ucapan bismillah pembuka bicara.


assalamualaikum wrb. salam seribu kali sayang.

sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
apa khabar agaknya? alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk hidup serta berpijak di atas bumi Allah ini tanpa sebarang bayaran pun.


umum telah mengetahui bahawa Rasulullah sangat mencintai umatnya sehinggakan sebelum Baginda wafat, Baginda asyik memikirkan mengenai umat Baginda. siapakah umat Baginda itu? kita lah! ya! kita umat Nabi Muhammad SAW. namun, adakah kita selalu mengingati Baginda? sejauh manakah kecintaan kita pada Baginda? tepuk dada, tanyalah iman kita. sama-sama kita muhasabah diri kita ini. ya! kita adalah manusia yang sering melakukan kesilapan, dosa dan noda. namun, pintu taubat Allah masih lagi terbuka luas buat hamba-Nya untuk bertaubat. kesilapan mengajar kita untuk menjadi muslim yang lebih baik. insha Allah.

selain itu, aku ingin menyeru diri aku ini serta saudara-saudara kesayangan aku sekalian, ayuh! kita kembali menghidupkan sunnah Rasulullah. mari kita jadikan sunnah Baginda sebagai satu ibadah seharian kita. insha Allah. sesungguhnya Rasulullah merupakan suri teladan yang terbaik untuk kita. Baginda merupakan contoh Ayah yang paling terbaik, contoh pemimpin yang paling hebat, contoh hamba Allah yang paling mantap dan contoh manusia yang paling mulia. biar hanya satu sunnah Rasulullah kita amalkan tetapi ianya istiqamah!

ramai yang kata, "kita manusia biasa, Baginda tu Kekasih Allah. mustahil kita mampu jadi macam Baginda."  ya benar! memang kita tidak mampu menjadi seperti Baginda. Baginda tu maksum, dan Baginda itu kekasih Allah. namun saudara, tidak salah untuk kita berusaha menjadi terbaik! sudah tentu Baginda gembira jika melihat umatnya berusaha untuk mengikut ajaran Baginda, bukan? jadi, insha Allah, bermula saat ini, kita jadikan Rasulullah itu sebagai 'role model' kita dan berusaha untuk membaiki diri kearah yang lebih baik. amin...


di samping itu, bersempena Maulidur Rasul ini, aku ingin membawa beberapa persoalan buat diri aku dan juga para pembaca sekalian untuk kita berfikir dan kita renungi, siapakah kita pada pandangan Rasulullah? siapa pula Rasulullah dalam hati kita? sama-sama kita bermuhasabah diri kita yang kerdil ini...

detik pemergian Rasulullah...

p/s: segala yang baik itu datangnya dari Allah, Tuhan sekalian alam. dan yang lemah itu juga dari Allah kerana diri aku yang jahil ini... sehingga berjumpa lagi!

assalamualaikum wrb.

SALAM SERIBU KALI SAYANG DARI BUMI MOSCOW!



jom like fan page FB  : 

Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...