Skip to main content

2012

~dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang~

assalamualaikum wrb.apa agaknya khabar iman sahabat-sahabat sekalian? semoga iman kita ini semakin hari semakin sihat ye... inshaAllah...


akhirnya, pada 5 januari 2012 aku menulis blog. ini adalah entry pertama aku untuk tahun 2012. alhamdulillah, akhirnya Allah memanjangkan umur kita untuk melihat, merasai serta hidup pada tahun 2012 ini. namun, adakah kita sedar bahawa dengan kehadiran tahun baru ini telah menghampirkan diri kita untuk berjumpa dengan-Nya? umur kita semakin meningkat, ini bermakna kita semakin dekat dengan KEMATIAN....

oleh itu, ingin mengingatkan diri ini serta sahabat di luar sane, mari kita merenung, memuhasabah diri ini. sepanjang kita hidup di dunia ini, apakah yang kita telah lakukan? apakah sumbangan kita kepada agama, keluarga, masyarakat serta negara yang boleh dijadikan SAHAM kita nanti ketika di akhirat kelak?

oleh itu, marilah kita sama-sama berAZAM untuk meningkatkan diri ini kearah yang lebih baik. inshaAllah. saat kematian tida mengira umur ye... so, "orang yang beriman adalah orang yang sering mengingati MATI"

inshaAllah. segala yang baik itu hasil ilham Allah yang Maha Bijaksana dan yang lemah itu adalah kelemahan diri aku sendiri...

assalamualaikum wrb....

SALAM SAYANG DARI BUMI MOSCOW!

Comments

  1. Selamat tahun baru.
    Semoga tahun baru ini akan memberi lebih sinar kepada kita semua.

    ReplyDelete
  2. ZZzZzzzzZZZ...ADAKAH SEJUK DI SNA..??

    ReplyDelete

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...