Skip to main content

nikmatnya WINTER!

assalamualaikum wrb.
setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan keizinanya kita masih lagi dipinjamkan segala kenikmatan di dunia ini. alhamdulillah....

ni aku ingin kongsikan sedikit pengalaman aku. huhu. mungkin pengalaman aku ini tak sehebat movie "ombak rindu" tapi, sudi-sudilah membaca ye... huhu.

pada awalnya, aku teringin sangat nak menyambung pelajaran aku ni di bumi para anbiya' seperti mesir. ada beberapa sebab kenapa aku mengharap untuk ke sana. pertamanya aku ingin menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik. tapi, Alla Maha Hebat, Dia tempatkan aku ke Russia. aku dengan redha dan hati yang terbuka menjejakkan kaki ke sini. lama kelamaan aku baru mengerti bahawa ada hikmah kenapa aku di sini. alhamdulillah. perancangan Allah adalah yang paling BEST! huhu...

salah satu nikmat ataupun hikmah kenapa aku di sini adalah "nikmat tatkala musim sejuk ataupun "WINTER"!

sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,"Musim sejuk itu musim bunga bagi orang mukmin"- (HR Imam Ahmad dan Baihaqi)

kenapa bunga? apa kelebihan musim sejuk itu?

Diriwayatkan bahawa Sayyidina Ibnu Mas'ud berkata: Selamat datang wahai musim sejuk yang turun padanya barakah, dipanjangkan malamnya untuk berqiamulail, dan dipendekkan siangnya untuk berpuasa"


alhamdulillah, itu merupakan salah satu kelebihan bagi diri aku serta para sahabat yang tinggal di sini untuk memperbanyakkan amal, mendekatkan diri dengan Allah. buat geng2, sahabat2 y berada di malaysia atau di mana jua di dunia ini, ingat Nikmat Allah tetap ada! cuma kita perlu melihat dengan mata hati kita sendiri.. =)
semoga kita sentiasa berusaha mebaiki diri kita ini untuk menjadi lebih baik! insha Allah.

"tempat bukan meter pengukur ataupun medium untuk kita dekatkan diri dengan Allah"

p/s: nak merasai nikmat winter? ayuh! belajar elok2 dan sambung study kat luar negara (terutamanya negara yang 4 musim). insha Allah. ameenn.... huhu.. (~_^)

assalamualaikum wrb

SALAM SERIBU KALI SAYANG DARI BUMI MOSCOW!

rujukan: Banyakkan Amalan Di Musim Sejuk


jom like fan page FB aku! : 

Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...