Skip to main content

cuti tahun baru 2012

assalamualaikum wrb.
kata orang, "pengalaman mematangkan manusia". memang betul. dan, kita sebagai hamba Allah perlulah sentiasa bersyukur dengan "pengalaman" yang telah Allah anugerahkan kepada kita. alhamdulillah...

so, untuk entry kali ini aku akan berkongsi sedikit sebanyak mengenai pengalaman aku sepanjang cuti tahun baru yang lalu. pada mulanya, aku asyik terfikir, cukup ke waktu cuti ni? apa yang aku nak buat ketika cuti? macam banyak kerja je masa cuti nanti...


namun, alhamdulillah. perancangan Allah adalah yang terbaik. waktu cuti itu aku rasakan ianya terisi dengan perkara yang banyak mengajar aku erti kehidupan serta kemanisan ukhuwah fillah. betul. walaupun kadangkala aku rasa sangat penat (mana tak penat nye, hampir setiap hari aku keluar pagi balik malam) namun, aku tahu ini adalah pengalaman yang sangat manis!

DAURAH HAKIKAT MANUSIA




antara aktiviti aku ketika cuti adalah DAURAH HAKIKAT MANUSIA. alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana aku digerakkan untuk menghadiri program ilmu seumpama ini. melalui program ini, pelbagai input yang menarik telah aku perolehi. contohnya menjadikan ISLAM itu sebagai SATU CARA HIDUP (atau ad-deen). islam bukan hanya pada IBADAT dan bukan juga hanya pada kad pengenalan. tetapi ISLAM MERANGKUMI SEMUA! betul! hehehe....

KONVENSYEN PELAJAR MUSLIM MALAYSIA




satu lagi program hebat yang aku hadiri ketika cuti hari tu. konvensyen ini betul-betul membuka mata aku untuk lebih kuat bagi menjadi seorang DOKTOR MUSLIM yang hebat. di sini aku juga ketemui perbezaan antara doktor muslim dengan doktor-doktor yang lain. aku juga telah dideahkan dengan THE OATH OF A MUSLIM PHYSICIAN yang merupakan pegangan semua doktor muslim. selain itu, perkongsian pengalaman oleh para panel telah memecahkan ruang lingkup pemikiran aku mengenai profesion kedoktoran ini. rupanya, begitu berat AMANAH yang terpikul atas bahu seorang doktor. moga aku diberikan kekuatan serta kemudahan dalam menjalankan amanah itu kelak. inshaAllah.

video buletin Azam Russia


UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA




dalam cuti ni juga lah sahabat-sahabat seperjuangan aku dari bendaraya Volgograd datang ke Moscow! wow! bukan main suka lagi kami di Moscow in. besar tapak tangan, nyiru kami tadahkan! hehehe... dalam tempoh mereka disini, masa aku banyak diluangkan untuk mereka. antaranya jalan-jalan, makan-makan dan bergurau senda. huhu. alhamdulillah, terasa ukhuwah yang terjalin itu begitu erat. hehe. semoga ukhuwah ini terjalin selama-lamanya. "ukhuwah till JANNAH!!!", inshaAllah...

itu sahaja untuk post kali ini. kelas dah bermula. masa untuk enjoy pun dah habis. kena kuatkan semangat untuk teruskan perjuangan ini! inshaAllah...! jumpa lagi di lain entry.... ^_^

assalamualaikum wrb.

SALAM SERIBU KALI SAYANG DARI BUMI MOSCOW!

Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...