Skip to main content

cerpen: anak

ANAK

"yaasiiin, wal quranilhakim...."
Sekujur tubuh kaku dihadapanku, dikelilingi manusia yang ada sebahagiannya aku kenal dan ada dalam kelompok itu langsung aku tidak kenali. Siapakah mereka? Kenapa mereka disini? Apa kaitan mereka dengan aku? Segala persoalan itu aku biarkan bermain-main di benak fikiran ini. Mataku tajam melihat tubuh yang tidak bergerak itu sehingga menembusi ke dalam organ-organnya. Mukanya kutatap dan teliti.


"Arghh! Aku benci engkau! Baik aku keluar dari rumah ni kalau hari-hari macam ni".

Perasaan marah sudah sampai tahap maksimum. Aku rasa terkongkong. Aku masih remaja. Aku mahu bebas. Segala yang aku lakukan adalah salah. Itu salah. Ini pun salah. Kenapa dunia ini tidak adil bagi aku? Dimanakah keadilan yang ada pada insan lain itu?

Bermula dari kejadian itu, aku melangkah kaki, keluar dari rumah. Meninggalkan ibu serta adikku, Azim. Kali ini aku benar-benar tertekan dengan keadaan keluargaku. Ayah telah menceraikan ibu 2 tahun yang lalu. Kami sekeluarga hilang tempat pergantungan. Adik pula menghidap penyakit kanser otak. Kami sekeluarga hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Inilah dunia aku. Perempuan, botol arak, seks bebas dan rokok adalah santapan aku setiap hari. Aku gembira dengan kehidupan ini. Aku merasakan hidup ini seperti syurga. Aku sudah lupa apa itu solat dan apa itu puasa. Bagi aku, ketika usia muda ini adalah waktu untuk aku 'enjoy' dan menikmatinya sepuas-puasnya.

"Aku muda lagi, nanti dah tua baru aku bertaubat," Gersik hatiku.

Pada suatu malam, aku bermimpi didatangi seorang wanita yang berpakaian sangat comot. Darah berlumuran di baju wanita tersebut. Mukanya lebam umpama dibelash orang. Aku mengamati dan itu adalah emak aku sebenarnya. "Tolonggg! Tolong mak nak, mak sakit. Mak tak sanggup diseksa lagi...." kata wanita tersebut. Tiba-tiba datang satu lembaga terus memukul emak aku. Emak meraung kesakitan sambil meminta tolong kepadaku. Kesakitan yang amat dahsyat.

"Seksaan ini adalah balasan dosa apa yang telah anak engkau lakukan!" teriak si lembaga tersebut sambil terus menyeksa emak sekuat-kuatnya. Aku menangis sekuat hati dan bergegas ke arah emak. Namun......

Aku terjaga dari mimpi ngeri tersebut. Aku menangis sepuas-puasnnya tanpa menghiraukan 'sahabat' yang telah membawa aku ke arah jalan hitam ini. Betulah kata orang, siapa sahabat kita itu mencerminkan siapa kita ini. kini aku mengerti dan kau menyesal kerana silap memilih sahabat. "berkawan dengan penjual pewangi nescaya kita akan berbau wangi, dan jika berkawan dengan tukang besi kita akan menerima tempias bau busuk besi itu...". sahabat yang selama ini hanya merosakkan diri aku ini. hanya mengembirakan aku untuk dunia semata-mata. itulah "sahabat" aku. terima kasih "sahabat".

Aku nekad untuk pulang ke kampung. Meminta maaf serta memohon restu dari insan yang bergelar ibu. Sungguh aku banyak dosa dengannya. Ingin aku cium tapak kakinya. Ingin aku menjaganya seperti mana dia menjaga aku. "Ya Allah, aku ingin meminta ampun dari insan yang telah melahirkan aku ke dunia ini. aku banyak dosa dengannya," berkata hati ini.

Sampainya aku di kawasan tumahku di kampung, aku tergamam. Melihat ramai manusia yang berkupiah putih serta berselendang putih. Kenapakah? Tanpa menunggu masa berjalan begiti saja, tambah pula dengan hati yang berbuak- buak untuk mengetahui, aku pantas berlari menaiki anak-anak tangga rumah limas yang usang. Semua memandang aku. Ya Allah, rasa bertapa hancur serta luluhnya hati ini melihat sekujur tubuh berada di hadapan aku. Kaki aku menjadi lemah, aku jatuh berlutut, air mata bercucuran tanpa henti. Aku tenung mayat itu...

Aku terkejut dari lenaan dan igauan kenangan itu. Kini aku harus kuat dan percaya bahawa tubuh kaku dihadapan mata kepala aku ini adalah ibuku. Biarlah pengalaman serta episod hitam yang pernah aku lalui itu menjadi titik pengajaran buat diri ini. Bermula dari mimpi itu, aku sedar akan tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan juga seorang abang. Teringat akan kata-kata seoarang ustaz, "tiga perkara yang akan menjadi penolong kita ketika di kubur adalah amal jariah yang dilakukan, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan doa anak yang soleh".

"Adakah aku mampu menjadi anak yang soleh? Adakah aku ingin ibuku terseksa di sana?", bermonolog diriku sambil mata melihat jenazah ibu disemadikan...


-tamat-

p/s: cerita ini tiada kaitan antara yang masih hidup mahupun yang telah tiada. dan tq pak cik "google" atas gmbr2.. :)
emm.. kalau ada apa2 cadangan dan komen, silakan ye... :) sbb ni baru nak belajar buat cerpen. huhu.

jom like fan page FB  : 
Published with Blogger-droid v1.7.4

Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege