Skip to main content

usia

assalamualaikum wrb.
alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah yang Maha Esa kerana atas kekuasaan-Nya kita masih lagi diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi-Nya. Alhamdulillah juga kerana tanggal 13 Januari 2012 usia aku telah mencecah 19 tahun. semaikn tua diri ini... huhu




Nikmat usia yang telah diPINJAMkan oleh Allah ini adalah satu anugerah yang sangat bernilai. namun, ianya boleh menjadi tidak bernilai langsung sekiranya kita kita tidak memanfaatkan sepenuhnya usia itu. seringkali kita berdoa kepada Allah, "Ya Allah, panjangkanlah usia aku....". Namun, jika usia kita dipanjangkan sekalipun tanpa diisi dengan perkara yang mendekatkan diri dengan Allah, tidak berguna sedikitpun.

teringat akan bait-bait kata dalam sebuah lagu nasyid,



"walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya...."


kata-kata itu mengingatkan kita bahawa jika diberi usia yang panjang, bermakna kita masih lagi memikul AMANAH yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Iaitu tujuan kita diciptakan di muka bumi ini, sebagai KHALIFAH serta mengABDIkan diri kepada-Nya. selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah diri ini memikul tugasan serta tanggungjawab itu.


hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai UMURnya pada perkara apakah ia dihabiskan, ilmunya untuk apakah ia digunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudahan serta kecergasan..." (hadis riwayat Tarmizi)


natijahnya, semakin meningkat usia kita ini, semakin dekat diri kita untuk berjumpa dengan-Nya. menjadi satu persoalan buat diri ini serta sahabat yang membaca, adakah cukup bekalan kita untuk berjumpa dengan Allah? bersediakah kita? tepuk dada, tanyalah iman....

kepada keluarga tercinta, sahabat yang disayangi serta insan-insan lain yang telah "wish happy birthday", diri yang kerdil ini mengucapkan jutaan terima kasih atas ingatan serta doa dari kalian semua. semoga kita sentiasa dalam lindungan Rahmat serta kasih sayang dari Allah. insha Allah. ameen....


p/s: terima kasih y tak terhingga buat murobbi tersayang, abg hasnol dan juge sahabat aku, Jazmi yang temankan serta memenuhi hajat aku untuk solat di kedutaan indonesia serta makan2 sempena hari bersejarah ini... semoga Allah membalas jasa kalian.. ^_^ selain itu, jutaan terime kasi buat semua rakan2 ku kat moscow ni yang bersusah payah buat kejutan utk aku, terima kasih bnyk2.... ukhuwah fillah abadan abada. _fakrul_joana_izzah_aisar_ajwad_shamsul_wafiq_jazmi_halim_fitri_zul_din_nik_alif_zen dan y lain2...


assalamualaikum wrb...


SALAM SEJUTA KALI SAYANG DARI BUMI MOSCOW!



jom like fan page FB aku! : 

Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...