Skip to main content

jom merempit!

assalamualaikum wrb...
apa khabar bro? gua harap lu sihat la ye.... oh lupa, apa khabar sahabat karib lu tu, si IMAN? harap die juga sihat. mudah-mudahan...

huhu... untuk entry kali ni khas untuk mereka yang dikategorikan REMAJA sahaja. haha. tapi boleh je kalau pak cik mak cik, adik-adik nak baca. silakan. dengan hati terbuka ni.. huhu.

REMPIT
bro, bes tak merempit sebenarnye ea? gua pun rase macam bes juga la.. kan? huhu. gua sangat respect dengan lu orang sebab terer dan sangat berani. cayalah! mane lu belajar macam tu ha? ada sekolah ke yang ajar? kiki. gurau2 aje...


merempit dan masa depan.

bro sekalian,
apa kate bro sekalian gunakan bakat itu kearah yang lebih elok lagi? kembangkan bakat yang lu semua ada. macam bakat bawa motor laju, buat gaya yang menarik dan lain-lain lagi. macam mana nak kembangkan tu? ape kata lu join la mane2 kelab motor ke, masuk mana2 pertandingan ke. mane tau silap hari bulan lu sume boleh pergi merempit kat luar negara. kan bes. boleh pegi melancong sambil merepit. haha! kan hebat macam tu. tak terfikir ke? bakat yang ada ini jangan di sia-siakan. kalau lu berjaya nanti, jangan lupa gua tau! huhu.. (*nak juga name...) selain itu, masa lu semua akan terisi dan dengan itu juga, keselamatan lu semua juga akan lebih terjamin. tapi yang penting itu lebih 'halal' dan diiktiraf. tak payah nak lari dari abang polis. huhu.
antara kelab motor yang ada:
1. selangor motor sport
2. Malaysian Bikers Community
di samping itu, aku ada cadangan. buat lu yang tak ada kerja, apa kata lu pergi minta kerja di McDonald's ke, pizza hut ke dan lain-lain lagi yang menawarkan perkhidmatan "delivery". haha. gua bukan main-main ni. kalau lu semua boleh 'apply' bakat 'merempit' lu semua tu, memang konfem majikan akan sayang lu sebab dapat hantar makanan dalam mase yang singkat. kan2?




rempit dan imej

seringkali masyarakat memandang serong terhadap golongan mat rempit ni kan? bagi gua, mat rempit tu juga manusia dan mempunyai hak mereka. betul tak? "perkara yang membezakan manusia di mata Allah adalah keimanan seseorang". so, siape orang itu untuk menuduh mat rempit itu masuk neraka dan mat rempit itu jahat, kan? so, bagi gua, lu orang nak merempit pun gua tak kisah tapi solat jangan tinggal dan jangan buat perkara yang tak elok. nak merempit tu jangan sampai susahkan dan bahayakan nyawa orang lain dan diri sendiri. nak ke mati sia2? haha.

satu lagi, apa kata lu semua ubah pulak "litar" rempit lu semua. kite rempit ke masjid? haaa.. nak tak? rempit rempit juga, rempit ke masjid pom gempak juga.... tak pun kite sama2 'race' untuk pergi ke syurga nanti? same2 'race' untuk tingkatkan keimanan kita pada Allah.... tu baru namanya mat rempit sejati! hebat di litar hebat juga di tikar sejadah! gempak tak? sudah tentu la hebat!


kesimpulan

dalam artikel ni, gua boleh bagi satu kesimpulan. rempit dari pandangan mata gua memang tak salah. maksud gua tak salah sekiranya lu orang yang merempit ni menggunakan medium yang betul, tak buat perkara yang mungkar dan tak tinggal solat. lu gua harap jika ada mat rempit yang terbaca artikel gua ni, gua minta maaf kalau ada salah dan silap ye. ingat, manusia sama sahaja disisi Allah. yang membezakannya adalah IMAN. so, gua harap lu boleh fikir la ye...

ok! gua chow dulu! gua harap lu boleh 'visit' blog ni lagi ye... :)

assalamualaikum wrb!

SALAM SERIBU KALI SAYANG DARI BUMI MOSCOW!



jom like fan page FB aku! : 

Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...