Skip to main content

bangunlah wahai MELAYU ISLAM....!!!

assalamualaikum wrb..
apa khabar semua? harap-harap kita terus diberikan nikmat kesihatan bagi melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. insyaAllah..

wahai melayu, dimana kebijaksanaan kita
untuk membezakan yang mana hak dan yang mana batil...

baru-baru ini, terlihat satu artikel dalam akhbar arus perdana yang hangat mengatakan soal perhimpunan BERSIH yang dijangka akan diadakan pada 9 Julai ini. terdetik hati ini, apa yang akan jadi pada negara Malaysia nanti??? memanglah dikatakan perhimpunanan ini akan dijalankan secara aman. namun, cuba kita fikir elok-elok, mampukah barisan AJK perhimpunan ini mengawal seluruh ahlinya yang bilangan mencecah ribuan??? sudah terang lagi nyata ianya TIDAK boleh. fikir lah logik... pasti akan berlaku kekecohan nanti... pastu, akan menjatuhkan ekonomi serta keamanan negara. siapa yang rugi? KITA lah, rakyat Malaysia...

hiasan- mampukah dengan perhimpunan haram menyelesaikan masalah???

sebenarnya, untuk meluahkan rasa tak puas hati, banyak lagi saluran yang boleh dibuat. sebagai contoh, kerajaan menyediakan hari bertemu pelanggan, tapi berapa kerat sangat yang datang untuk mengadu??? kenapa nak buat demonstrasi jugak??? tak faham lar sikap warga kita ni... pening-penig.... kata pilihanraya tak bersih... habis tu macam mana parti lawan boleh kuasai banyak negeri dan menang hampir semua pilihanraya kecil??? tak bersihkah pilihanraya kita??? cuba lar kita fikir elok-elok... jangan nak main hentam saja...
satu lagi? wahai orang melayu... tahukah kita siapa pengerusi perhimpunan ni? untuk makluman semua pengerusinya ialah:
siapa dia sebenarnya???


Nama: Ambiga Sreenevasan
  1. Agama Hindu
  2. Bekas Presiden Majlis Peguam
  3. Orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001.
  4. Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.
  5. Turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.
  6. Penyokong Tegar Kes Murtad
  7. Menawarkan khidmat guaman percuma kepada umat Islam yang hendak murtad sekiranya dibawa ke mahkamah persekutuan.
  8. Penyokong kuat kepada seorang wanita India yang hendak memohon menjadi peguam syarie dan nasib baik permohonan ditolak.


siapakah-datuk-ambiga-pengasas-perhimpunan-bersih-sumber
nah..!!! tak sedar lagi ke kita orang MELAYU ISLAM ni??? apa motif dia sebenarnya? memecahkan umat islam??? 
selamatkanlah malaysia...
kepada yang berkenaan ataupun yang ada hasrat untuk menyertai perhimpunan ni, di sini saya ingatkan diri saya juga dan saudara/i , bertaubatlah kepada Allah. sesungguhnya Islam tak mengajar kepada kekerasan. jika berlaku kepincangan sekalipun dalam pimpinan kerajaan, gunalah saluran yang betul. janganlah kita rosakkan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita, warga Malaysia sekalian... bersyukurlah dengan keamanan yang kita nikmati ini. janganlah kita mudah percaya dengan kata-kata orang, selidiklah dahulu yang mana hak dan yang mana batil...

Ya Allah, selamatkanlah Negaraku dari segala ancaman dan anasir-anasir yang mampu memecah-belahkkan kami.... satukanlah hati-hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang lurus... ya Allah, sedarkanlah saudara kami yang masih terleka dan tersesat jauh dari landasan-Mu Ya Allah.... makbulkanlah doa kami ini...amin...
p/s: segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu kelemahan saya sendiri..
assalamualaikum wrb....

Comments

  1. hm. hm.. pencerahan baru ni.. tak tahu nak komen apa, nnt kena berdebat pula..hehe.. kheir inshaAlla.. moga Allah tunjukkan jalan kebenaran untuk kita dan berikan taufiq untuk kita mengikutinya, begitu juga sebaliknya.. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...