Skip to main content

perempuan sekarang tak tahu malu...



"Cuba tengok pokok ni. Apa nama pokok ni?"  Faris Haikal cuba menguji minda anak muridnya.
"Pokok semalu."  Serentak mereka menjawab.

"Wah! Pandai adik-adik mu'alim ni. Siapa tahu apa kelebihan pokok ni?"  Faris Haikal tersenyum melihat karenah anak-anak yatim itu. Semuanya bersemangat untuk mendengar syarahan darinya.

"Hmm. Susah la soalan tu. Oh, ya tapi Zaki rasa mungkin sebab dia pemalu. Dulu arwah mak pernah tunjuk pokok ni kat Zaki," jawab  Zaki seorang penghuni rumah anak yatim yang baru berusia dalam lingkungan 10 tahun dengan bersemangat.

"Aduhai, cute sungguh adik mu'alim ni. Betul jugak jawapan Zaki tu. Kalau antum semua nak tahu, identiti utama pokok semalu atau nama saintifiknya mimosa pudica ini ialah daunnya akan menguncup serta terkulai apabila disentuh dan akan kembang semula selepas beberapa minit. Apa yang boleh kita kaitkan dengan pokok ni? Boleh bagi contoh tak, emm... Siddiq?"  Faris Haikal terus mengutarakan soalannya kepada Siddiq, memandangkan dia seolah-olah tidak memberikan perhatian pada kelas yang sedang berlangsung itu. Mungkin kerana umurnya lebih tua daripada kanak-kanak lain yang tinggal di Darul Izzah ini. 17 tahun, pasti jiwa remajanya bergolak, tambahan pula dia baru sahaja ditempatkan disini setahun yang lepas setelah kematian kedua ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

"Bagi saya. Pokok semalu ni macam prempuan!" Semua terus mengalihkan mata tepat pada wajah Siddiq. Begitu lantang sekali Siddiq mengutarakan jawapannya.

"Wah, bagus jawapan tu. Cuba Siddiq terangkan kenapa Siddiq kata pokok semalu ni macam perempuan?"  Faris Haikal menduga pemikiran anak muda itu kerana teruja dengan jawapan yang diberikan sebentar tadi. Jawapan yang lantang itu cukup tersembunyi dengan makna yang tersirat.

"Yela, perempuan kan seharusnya ada sifat malu dalam diri mereka. Pokok ni pulak kalau kita tengok, bila kita sentuh je dia tertutup. Ini menunjukkan yang dia nak 'protect' diri dia. Tapi, perempuan zaman sekarang kebanyakannya muka tak tahu malu!"  Bukan main tegas cara Siddiq menjawab soalan itu. Mungkin pernah mengalami sesuatu dalam hidupnya yang berkaitan dengan wanita. Mungkin.



"Betul! Pokok semalu ni orang ibaratkan seperti wanita. Orang perempuan yang pakai tudung, menutup aurat dengan sempurna dan punyai sifat malu tidak akan membenarkan dirinya disentuh lelaki ajnabi. Kalau orang nak sentuh, dia akan melindungi dirinya sengan segera, maka itulah yang dinamakan malu," terang Faris Haikal sambil mengukir senyuman.

Adik-adik Darul Izzah pula mengangguk-anggukan kepala isyarat memahami penjelasan itu.
"Oo..tapi, kalau pokok semalu ni dah tutup tapi orang masih nak pegang dia macam mana mu'alim?"  Aiman yang sedari tadi diam, tiba-tiba bersuara. Faris Haikal tersenyum lembut.

"Tangan orang yang degil itu akan luka sebab pokok semalu ni ada duri!"  Faris Haikal menangkis hujah Aiman menggunakan pendekatan yang berhikmah.

"Habis, kalau orang tu cabut pokok ni macam ni?" Soal Aiman sambil berdemo seakan-akan dia ingin mencabut pokok semalu tersebut dengan tujuan untuk melontar provokasinya terhadap jawapan Faris Haikal.

"Dia akan dihukum oleh Allah! Tangan yang mencabut itu akan menerima seksaan-Nya!"  Tegas jawapan Faris Haikal. Semua terdiam. Terkejut dan takut dengan jawapan itu. Aiman segera mendepakan tangannya. Tidak jadi untuk mencabut pokok semalu yang sudah mahu digenggamnya. Mereka semua setuju dengan jawapan yang diberikan. Ringkas. Padat denganibrah yang bermanfaat. Kelas hari ini berakhir dengan penuh pengertian. Masing-masing giat berfikir tentang ilmu alam. Sunnatullah di dunia ini pasti mempunyai hikmah yang amat bermaknabuat manusia sejagat.


sumbangan:http://www.iluvislam.com


Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege