Skip to main content

kakiku kembali ke TESMAL...

assalamualaikum wrb.
apa khabar semua? harap sihat dan sentiasa senyum sokmo...
alhamdulillah, kita masih lagi dapat menikmati segala kejadian Allah yang Maha Indah....

smk mak lagam
emm.. pada 23-24 julai baru-baru ini, alhamdulillah, atas kuasa Allah SWT, sampai juga kaki aku ini melangkah ke SMK Mak Lagam, sekolah kesayangan aku... syukur tak terhingga kerana doa dan harapan aku untuk menjenguk guru-guru dan adik-adik di sana telah tercapai. alhamdulillah...


adik-adikku di tesmal... miss you all..
dalam tempoh 24 jam aku kat sana. macam-macam perkara yang terjadi. yang aku gembiranya adalah aku dapat jumpa dan sembang-sembang serta bagi nasihat kat adik-adik aku kat sane.. huhu. lepastu, indahnya perancangan Allah...aku dapat berjumpa bekas guru tesmal iaitu CG MEGAT dan CG RAZAK. fuhh... hepi walaupun sekejap je dapat jumpa dengan mereka, tapi aku bersyukur sebab dapat jugak jumpa...


mase nak balik ke TATiUC tu lar yang paling sedih.. ye lar. ramai yang cakap, nape datang skejap je? duduk lar sini lama lagi... huhu.. ikotkan hati memang nak duk lame pom. tp tu lar... aku kan masih belajar, so kene lar komitet terhadap pelajaran aku tuh.... insyaAllah, aku akan datang ke TESMAL lagi sebelum aku fly... 


taklimat oleh KP tesmal 2011
kepada adik-adik kat tesmal yang mana serol tak sempat jumpa tu, maaf banyak-banyak. kedatangan serol kat sane pom sebab atas urusan lain. insyaAllah, semoga Allah bagi serol ruang dan peluang untuk datang ke tesmal... nanti kita sembang-sembang sampai malam yepp...


kepada s****q, jge diri elok2 kat skula tu yep.. thanks bagi hadiah tu... insyaAllah, abg akan simpan bende tu sampai bila2.... ingat segala pesanan abg yep.. abg nak ucap thanks a lot kerana spend mase untuk abg mase abg dtg ke tesmal bru2 ni... i'll miss it....!!!!
hadiah istimewa daripada insan istimewa

kepada adik-adik serol yang nak ambik PMR dan SPM, gud luck yep.. insyaAllah, doa serol sentiasa bersama adik-adik semua... ingat, dekatkan diri dengan Allah sebab segala apa yang akan terjadi adalah kententuan-NYA.....




ok... assalamualaikum wrb...
SATU TESMAL!!!


Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...