Skip to main content

agak lama menunggu...

assalamualaikum wrb...


kak dela? kharoshoa? insyaAllah... moga semuanya sihat sejahtera...

agak lama aku tak mengUPDATE blog ini yepp... bukan tak nak update, tapi untuk pengetahuan semua, pada 25hb julai baru-baru ini aku telah berpindah ke asrama baru iaitu di Kijal Apartment, berhadapan dengan Hotel Awana kijal.




fuhh....! agak letih lar masa berpindah tuh.... ye lar, barang bukan main banyak. kikiki.. biasa lar, banyak dengan buku... huhu. ye ke? ye kot.... lepas berpindah tu, ad program dengan senior pulak kat awana tu pada sebelah petang sehinggan malam... so, ta sempat lagi nak bukak lappy ni...


berkemas untuk berpindah ke awana...

pada keesokkan harinya pula, program senior tuh bersambung lagi sampai tengah hari. then, sambung dengan kelas pai pada petang tu. balik tak balik ke rumah dah jam 4 lebih. selepas solat asar, ada latihan persembahan bagi majlis temu mesra bersama MB Terengganu. sebelah malam pula, ada lagi latihan sampai pukul 12 lebih... so, full! huhu..
program bersama senior.. program pre-departure..

hari ni, 27hb julai, ada majlis temu mesra pelajar luar negara bersama YAB MB Terengganu... sampai je rumah jam 12 mlm, terus bukak lappy dan buat entry ni... bru puas hati... kikiiki.. emm.. satu lagi, dekat awana tuh, tak ada wireless lar... so, macam susah skit nak online... haha...

begitulah kehidupanku pada minggu ini. oh ya, sebelum terlupa, hri sbtu n ahad baru-baru ini aku ada ke sekolah. tapi untuk entry kat sekolah tuh, nantikan entry aku y seterusnya yep...


ok..
maaf yer kalau lama tak online...


assalamualaikum wrb....



Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...