Skip to main content

jari kembali menaip....

assalamualaikum wrb....
kak dela? huhu.. makna die how are you?. harap-harap semuanya dalam keadaan baik lar yer.. lamenyer x menaip...!

rase sudah lame tak meng-update tentang perkembangan terbaru dlm blog ni kan? so, perkembangan terbarunye adalah hari ni baru habis biology test. tapi malam esok ada physics test pulak. haha. biasalahkan, hidup di alam Universiti ni banyak sikit test dan kuiz. haha.

untuk biology test tu alhamdulillah, boleh lar jawab, tp tak tau lar macam mane result die nanti... hopefully, dapat markah yang ok lar kan. harap-harap berbaloi lar dengan apa yang diusahakan tuh... mane tak nye, dah dua tiga hari bersengkang mata untuk study subjek tuh..( ye ke study? ke main-main yang lebih??? huhu). harap-harap untuk subjek fizik, aku akan berjaya jugak.. insyaAllah...



emm.. semalam juga ada dua berita yang telah aku terima. tak tahu nak kate berita gembira ataupun sedih. bagi aku, berita yang pertama ni adalah berita gembira. nak tahu kenapa? haha. sebab duit elaun dah masyuk...! alhamdulillah.. terima kasih kepada pihak yayasan terengganu YT (especially pok li ) dan pihak Terengganu Advance Technical Institiute (TATiUC).

untuk berita kedua pulak aku telah diberitahu oleh pihak YT yang aku ini akan menyambung pelajaran di Moscow, Rusia (moscow medical academy, MMA-klu x silap). bukan ape... huhu. sebahagian kawan baik aku akan ke Vogograd, Rusia (jarak yang agak jauh dari moscow). fuhh... rase lar jugak sedih. tapi bila fikir balik, Tuhan dah buat yang terbaik buat diri ini. so, aku terima lah perpisahan yang sementara ini.... cewahh....!
once we are friends, forever we are...

so, tak nak sedih-sedih. kat mane pon kita belajar, semua sama. atas diri kita sendiri. hence, aku nak fokus untuk belajar (sambil jalan-jalan, kikiki) dan capai matlamat aku... insyaAllah.... semoga Allah lindungi aku dan semua sahabatku dari perkara yang melalaikan serta perkara yang menarik kami kearah kemaksiatan... amin....

assalamualaikum wrb...




Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...