Skip to main content

perjalanan ke baitullah

assalamualaikum wrh...

subhanallah. kagum. 
tetapi sedih dan terfikir mengenai diri ini.

insan hebat, Senad Hadzic (baju merah)
sumber: facebook Senad Hadzic

itulah antara kalimah yang bermain di hati ini tatkala terbaca satu artikel mengenai seorang hamba Allah dari Bosnia, Senad Hadzic yang hanya BERJALAN KAKI untuk menunaikan fardhu haji. percaya atau tidak, beliau yang berumur 47 tahun berjalan kaki sejauh 5 700 kilometer dan mengambil masa 314 hari untuk sampai ke kota suci tersebut dengan membawa beg seberat 20 kilogram. fuhhhh.. repect. bermacam pengalaman yang beliau tempuhi. antaranya beliau berjaya mengaharungi suhu yang mencecah -35 darjah celcius hingga 44 darjah celcius. subahanallah.... untuk artikel sila klik di sini.
dan untuk lebih banyak gambar sila ke facebook Senad Hadzic.

semoga kita akan dijemput ke sana. ameennn.
sumber gambar: google

jom brader2 sekalian. kita muhasabah diri kita ini. lihatlah manusia itu, diusia 47tahun beliau tetap kuat untuk menempuh pelbagai dugaan demi menyahut panggilan Allah. kita? muda dan kuat tetapi apakah usaha kita  untuk ke kota suci itu? tanyalah si IMAN kita itu. malu dan malu....

jom menabung.

ayuh brader2 sekalian. mari kita menabung, berdoa serta berusaha untuk ke sana. insha Allah. jika dihitung, perbelanjaan untuk ke mekah (kos tunai haji melalui tabung haji ) adalah sebanya lebih kurang RM 10 000. jika kita mengambil masa 10 tahun untuk ke sana, insha Allah, kita hanya perlu menyimpan sebanyak lebih kurang RM 2.80 SAHAJA SEHARI. so, apakah alasan kita anak muda? hurmm... insha Allah. mari kita sama-sama lakukannya...


sekian. wassalam...




 


Comments

  1. insya ALLAH.. ad rezeki sampai la kita kat cni..
    kena mula simpan duit sampai sekarang dan bnyk berdoa moga diterima jadi tetamu ALLAH..

    ReplyDelete
  2. Moga kan tiba giliranku menunaikan haji pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiinn.. semoga kita terpilih menjadi tetamu-Nya

      Delete

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege