Skip to main content

cinta Dia vs cinta dia



Pernah tak kita jatuh cinta kepada sang dia? Indahkan cinta itu. Bersulamkan dengan bait-bait cinta bak berada didalam syurga, berjalan berpimpingan tangan, makan saling suap menyuap dan pelbagai lagi 'memori indah' kita lalui. Ya. Cinta sememangnya indah dan sangat mengasyikkan. Kerana Cinta juga memerlukan komitmen, kejujuran dan kasih sayang antara satu sama lain. Sanggup berkorban apa saja demi memelihara cinta itu daripada musnah.

Namun, kadangkala cinta yang kita impikan hingga ke jinjang pelamin tidak kesampaian. Apakah perasaan kita? sedih, murung dan Rasa kehilangan dan seperti dunia ini sudah tidak bermakna kepada kita. Ada juga segelintir daripada kita yang sanggup bunuh diri akibat cinta. Uishh... bahaya juga putus cinta ni kan.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

itu kuasa cinta kita kepada makhkuk. Tp, bagaimana pula cinta kita kepada Dia? Adakah kita berani untuk menyeberangi lautan api, mendaki gunung yang tinggi demi mendapatkan Cinta Allah itu? Duussshhh... terkena batang hidung sendiri. Persoalan itu betul2 membuatkan diri aku serta mungkin yang lain berfikir sejauh manakah usaha serta pengorbanan kita demi Cinta Suci tersebut. Allahu akbar. adakah kita merasa kemanisan dan kelazatan cinta Allah itu? tepuk dada, tanyalah iman..

Jika kita kehilangan cinta kpd makhluk, kita akan menyesal dan sedih. Tapi, apabila kita kehilangan Cinta kpd Allah, adakah kita akan sedih? Ataupun kita tidak sedar yang kita kehilangan Cinta Allah itu? Malang.... brader yang membaca, seharusnye kita lebih risau akan kehilangan cinta kita kpd Allah berbanding Cinta makhluk itu yang sudah pasti akan berakhir tetapi Cinta kpd Allah adalah cinta yang hakiki dan paling 'sweet' didunia ini. Tak percaya? Cubalah. Memang tak rugi jika kita sentiasa "berdating" dengan Dia dan sentiasa mengharap cinta-Nya. Insha Allah, cinta kita tu akan terbalas....


So, janganlah kita hilang cinta kita kepada Allah dek kerana cinta kita kpd makhluk.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...