Skip to main content

panggilan dari Dia



apa khabar semua? semoga sihat dan sejahtera la ye.
terima kasih kerana sudi jenguk belog aku yang tak seberapa ni. hukhuk...

anda pernah gagal? anda pernah rasa berputus asa? anda rasa kesunyian?

aku rasa kebanyakkan manusia di muka bumi ini pernah merasakan semua ini kan. termasuklah dengan diri aku yang hina ini. mana ada orang di dunia ini selalu berjaya. mereka pasti pernah gagal juga. kerana gagalah, mereka itu mampu berjaya mencipta kejayaan yang sangat cemerlang. ini janji Allah. setiap yang gagal pasti akan berjaya. kita sebagai hamba-Nya perlu yakin kepada Allah yang suatu hari nanti sinar kejayaan akan datang kepada kita. insha Allah.

Allah is calling you, answer it.

sebenarnya, kegagalan itu adalah satu "panggilan" dari Allah kepada kita agar kita kembali dekat kepada-Nya. mungkin selama ini kita sangat jauh dari Dia dan kita lupakan Dia. mungkin juga Dia sangat rindu akan kita. sebab itu Dia anugerahkan kegagalan itu supaya kita dapat sentiasa "dating" dengan-Nya... Allahurobbi, indahkan teguran Allah... T_T

eh, brader, Allah dah "calling" kita tu, atas kita la sama ada nak "answer or reject that call"....

so, apa yang perlu kita buat sekarang ni brader? yes, of coz. sekarang ni kita perlu letakkan kepercayaan 100% kepada Allah dan kita perlu yakin bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya dari Allah... insha Allah... dan apa yang paling penting adalah kita perlu menjawab "panggilan" Allah itu dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik....

trust in Allah 100%

wassalam.

p/s: selalu la "dating" dgn Allah ye... 

Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...