Skip to main content

cctv 24 jam

Assalamualaikum bro! Whats up?


Kenal tak ape ke bende cctv tu? Haa... cctv tu just like camera yang merakam segala apa yang berlaku. ala.. yang biasa ada dekat bank, pusat beli belah dan kat rumah pun ada orang letak. Errkkk... Tak kan tak kenal. Kate anak pasca merdeka. Huhu. Fungsi utama bende alah (cctv) ni adalah meningkatkan mutu keselamatan sesuatu kwsn. Dan kadang kala menjadi SAKSI jika berlakunya sesuatu kes. Hebatkan ciptaan manusia.

Tapi, sehebat mana pun ciptaan manusia itu, hebat lagi si Dia yang mengilhamkan manusia tersebut. Sedar tak brader yang kite sekarang ini diawasi oleh 'cctv' yang Maha Hebat? Si Dia tidak pernah leka dalam mengawasi kite walau satu saat sekali pun. Tak kisah lah kite bersembunyi di dalam tanah mahupun disebalik gunung everest. Segala itu dapat ditembusi. Hebat.

Segala tingkah laku kite ini di'rekod' dan inilah yang menjadi SAKSI kite ketika hari pengadilan kelak. Cube kite renung dan berfikir, macam mana kite di hari tersebut. Adakah segala 'filem yang direkodkan' itu mampu membawa kite ke syurga yang diimpikan? Tepuk dada, tanya iman.

Insha Allah, aku ingin ingatkan diri aku dan juga sesiapa yang sudi membaca ni supaya kite berusaha sehabis baik untuk menjaga segala tingkah laku kite. Jauhi mungkar dan aplikasikan ma'ruf.


AWAS, ANDA DIPERHATIKAN
Wassalam.
Terima kasih kerana sudi singgah.

capaian: CCTV, Allah maha Melihat, diperhatikan, diawasi oleh Allah, jaglah tingkah laku.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments

  1. bagus la entri ni... :)

    ermm...kalau boleh, disable kan word verification utk komen..sng sekit pembaca nak respon..hehehe

    Landskap Diperbuat Daripada Buku

    ReplyDelete
  2. bagus...kesedaran diri utk tidak melakukan doa...InsyaAllah..

    ReplyDelete
  3. insha Allah, sama2 kite baiki diri ini.. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...