Skip to main content

Pengalaman Puasa di Perantauan (Rusia)

Puasa selama lebih kurang 19 jam di bumi Rusia pada mulanya aku rasakan agak mustahil. Bermula kurang lebih pukul 2.30 pagi sehingga kurang lebih jam 9.30 malam! Namun, semuanya hilang. Entah kenapa aku merasakan ruh ramadhan pada tahun ini amat berbeza sekali. Aku dapat rasakan bahawa ramadhan kali ini penuh dengan makna dan kenikmatan yang hanya Allah sahaja mengetahuinya.

Penat? Tidaklah! Walaupun berpuasa selama 19 jam, ditambah pada waktu musim panas dengan mengahadiri kuliah lagi, aku agak kurang berasa penat, lapar dan dahaga. Betul, tak tipu. Betul lah kata orang, kalau kita niat mahu berpuasa, Allah akan permudahkan segala urusan puasa kita. Cuba tak makan 19 jam pada hari biasa, lembik dibuatnya! huhu.

Seusai berbuka di Masjid Kathedral Mosko

Berbuka puasa di masjid

Satu perkara yang menjadi bucket list aku sepanjang bulan ramadhan lalu adalah untuk berbuka puasa bersama masyarakat setempat. Alhamdulillah, dalam kesibukkan aku untuk peperiksaan akhir semesta Allah izinkan juga aku untuk berbuka bersama mereka beberapa kali.

Bukan pada makanan yang aku lihatkan, tetapi pada ukhuwah dan keindahan islam itu sendiri. Menu berbukanya sama sahaja setiap hari; nasi Plov (pilav), Samsa (roti berinti daging), buah-buahan serta air mineral. Itu sahaja. Simple dan sangat mengenyangkan, insha Allah.

Namun, ianya lebih manis makan ramai-ramai dengan masyarakat islam yang pelbagai latar belakang. Sambil makan, sambil bertanya khabar dengan mereka. Mudah dan cepat mesra! Maka benarlah kata Allah;

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.(Al-Hujurat:13)
Berbuka puasa bersama masyarakat muslim di Rusia


Tarawikh

Misi untuk tahun ini mahu solat tarawikh sebanyak mungkin di masjid walaupun agak kesibukan. Cuba bayangkan bahawa maghrib kurang lebih jam 9.30 malam dan sudah tentu solat isya akan bermula dalam pukul 11.00 malam. Jadinya agak lewat kalau nak berjamaah di Masjid kan?

Tetapi, alhamdulillah. Aturan Allah itu cantik. Rumah yang aku serta kawan-kawan yang lain sewa tidak jauh dari masjid. Malah ianya betul-betul bersebelahan Stesen Metro (kereta api bawah tanah). Jadinya aku tidak perlu risau untuk pulang kerana Metro akan beroperasi sehingga jam 1.00 pagi.

Solat Tarawikh di sini pelik sikit. Bukan pelik tetapi ini mungkin mengikut amalan serta pegangan mazhab mereka. Jadinya, ia satu pengalaman baharu buat diri aku. Menarik. Selawat antara solat pun lain, mengerjakan solat witir pun lain. Tetapi aku percaya, kita juga harus menghormati mazhab mereka. Disini kita boleh aplikasikan fiqh perbandingan mazhab,inshaAllah.

Balik tarawikh kena terus bersahur la sebab waktu malam agak singkat. Huhu...

Memanfaatkan waktu sebelum berbuka puasa,

Orang ramai melihat seidiki tazkirah sebelum isya
Seusai solat tarawikh
Tengok, masjid penuh kena solat kat luar!

Iftar jamaie

Ukhuwah itu indah! Itu yang aku mampu ungkapkan bila berada di luar negara ini. Berada dalam komuniti yang kecil telah mengeratkan hubungan antara kami.

Apa lagi, alang-alang dah duduk sama-sama merenung nasib tak dapat pergi bazaar ramadhan, kami pun ada buat majlis berbuka puasa sama-sama. Dan kebanyakkan rumah pelajar malaysia serta pegawai kedutaan menganjurkan program seumpama ini.

Boleh la nak mengubat rindu akan masakan malaysia. Tetapi ianya tetap meriah! Lepas makan kami solat sama-sama sambil mendengar sedikit tazkirah ringkas. Indah bukan? Ini satu perkara yang mungkin tak semua akan merasainya.

Paling best, makan dalam talam ramai-ramai! Syok. hehe

Iftar Jamaie dalam talam beb!

Majlis tadarus

Haaa, bagi memenuhi masa menunggu untuk berbuka, liqa (kumpulan) kecil dibuat untuk sesi tadarus beramai-ramai. Jangan pernah segan untuk belajar dan terus belajar membaca alQuran ye!

Program Tadarus


Sesungguhnya pengalaman berpuasa sebulan di negara bukan islam ini telah membuatkan hati ini makin cinta akan keindahan islam itu sendiri. Melihat akan indahnya mujahadah penduduk setempat dalam mengamal islam atas hak nya membuatkan diri ini terus berfikir, sejauh mana islam itu melekat didalam hati ini?

Wallahu'alam

AshrulAffiq


Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...