Skip to main content

Bekalan Hati Sang Murabbi

credit: google


"Abang, saya tak pandai cakap macam mana nak mengendalikan usrah?"

"Akak, Aimi rasa tak yakin dan tak bersedia lagi nak jadi akak naqibah ni"

Sepanjang seusia setahun jagung aku dalam gerabak dakwah dan tarbiyah ini, itulah antara dialog yang mungkin pernah aku ungkapkan dulu serta asyik diulangi pada generasi yang berikutnya. Boleh jadi itu skrip lama yang sentiasa diulang tayang oleh mereka yang terbabit dalam 'geng usrah' ini terhadap abang naqib atau akak naqibah mereka bagi mengelat diri dari menjadi mata rantai penyambung dakwah. Aku berfikir sejenak, entah mengapa dialog itu aku gunakan sedangkan aku mengetahui bahawa semua manusia tidak sempurna dan aku dapat rasakan melalui medan itulah aku mampu mempertingkatkan diri menjadi lebih baik. Allahu. Nasib baik hidayah Allah itu tidak hilang dengan alasan menggunung aku itu, alhamdulillah.

Duhai diriku dan insan diluar sana, ketahuilah untuk menjadi naqib mahupun naqibah itu tidak perlu menunggu untuk anda pandai bercakap, hebat menyusun kata malah tidak perlu menunggu anda menjadi seorang yang hebat dimata masyarakat barulah anda layak untuk menjadi penggerak dakwah. Cukuplah andai mempunyai jantung HATI yang didalamnya penuh keikhlasan, kefahaman dan penuh keAZAMan. Kerana dengan hati tersebut akan melahirkan AMAL yang mantap, SEMANGAT yang jitu serta PENGORBANAN yang tanpa belah bahagi. Segala-galanya bermula dari seketul jantung HATI.

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Hakikat jalan dakwah adalah tidak lain dan tidak bukan untuk membawa manusia kepada Allah swt semata-mata dan sasaran utama dakwah KITA adalah kearah hati-hati manusia di luar sana. Oleh yang demikian, bekalan hati amat-amat penting untuk setiap insan yang berjuang diatas jalan dakwah ini. Tanpa hati, amal kita akan lesu. Tanpa hati mujahadah kita akan membeku. Tanpa hati, tardhiyah kita akan membisu.

instagram Ashrul Affiq

Antara Sarana Menyuburkan Hati adalah

1) Menjaga Hubungan Dengan Allah swt.
Dalam erti kata lain menjaga segala amal ibadat kita seperti Solat Berjemaah diawal waktu, memperbanyakkan bacaan al-Quran, membiasakan bangun malam (tahajud), menjauhi maksiat dan perkara yang dilarang oleh Allah swt serta melazimi zikir setiap waktu. Untuk membina dan membaiki hati kita, tidak lain dan tidak bukan adalah dengan benar-benar menjaga jalinan hati kita dengan Pemilik Sekalian Hati. Jika kita dapati hati kita sudah rosak, maka pintalha hati yang baharu dari Allah swt agar hati yang baru itu lebih indah untuk memancarkan cahaya kepada hati-hati objek dakwah kita yang lain.

2) Mutabaah amal
Selain itu, dalam misi menjaga hubungan hati kita dengan Allah ini, sudah pasti kita harus bersungguh-sungguh menjaga mutabaah amal yang telah ditetapkan oleh naqib kita. Hal ini kerana, mutabaah amal itu sebenarnya pengikat diri kita dari melakukan perkara yang lagha serta menjaga perhubungan kita dengan Allah swt. Sudah pasti, setiap yang mengikut usrah akan dibekalkan dengan mutabaah amal kan. Justeru, laksanakan perkara tersebut dengan ikhlas dan jujur.

3) Sentiasa Perbaharui dan Perbanyakkan Niat
Umum mengetahui bahawa hati itu sering sahaja berbolak-balik. Oleh itu, sentiasa lah memperbaharui niat atau kata lain tajdid niat kita agar niat kita sentiasa lurus "lillahi taa'la". Kita melaksanakan amanah ini pada hakikatnya adalah ingin mendapat keredhaan Allah sahaja bukan untuk meraih populariti ataupun mendapat habuan dunia. Selain itu, disarankan untuk kita untuk memperbanyakkan niat dalam kita beramal. Sebagai contoh, kita mengendalikan halaqah dengan niat untuk mengeratkan ukhuwah, memberi ilmu serta membina keimanan bersama. Dengan percambahan niat ini, mudah-mudahan hadaf kita akan tercapai dengan izin Allah Azza wajalla.

4) Berdoa
Akhirnya, berdoa dan teruslah berdoa kepada Allah swt untuk diberikan keteguhan hati, keikhlasan, kekuatan dan tsabat diatas jalan dakwah yang sama-sama kita cintai ini. Jangan pandang remeh akan kekuatan doa itu!

teringat pesan Imam Ghazali:
“Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

Justeru, sebagai penggerak dakwah, mencari hati amatlah penting dalam penerusan kita diatas jalan ini. Mencarilah, pada akhirnya kita akan temui hati itu.


Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege