Skip to main content

Pencakar langit di tengah padang pasir

Assalamualaikum wrh.

Alhamdulillah, untuk tahun 2015 aku mengambil peluang untuk berjaulah waktu musim panas ketika aku perjalanan pulang ke tanah air. Tempat yang aku tuju adalah Dubai. Ya, Dubai. Bukan lama pun, hanya 24 jam lebih sahaja. Walau sekejap, tapi banyak benda yang aku dapat dan lihat sepanjang aku berada di sana.

Bila disebut Dubai, sudah pasti apa yang terbayang di minda kita adalah Burj Khalifa. Ya, bangunan pencakar langit yang tertinggi di dunia. Sebelum aku ke sana, ada juga la aku buat pembacaan sikit-sikit walaupun aku waktu tu tengah dalam musim peperiksaan. hehe. Nak rehatkan minda kata orang.

Untuk pengetahuan, Dubai dahulunya adalah satu perkampungan nelayan. Dimana, sumber ekonomi mereka adalah hasil tangkapan laut. Dan di sana, seluruhnya padang pasir yang tiada apa-apa. Sehinggalah Emir Dubai pada saat itu, Sheikh Rashid bin Saeed al-Maktoum telah melakukan transformasi ke atas tanah teluk tersebut. (link 1) (link 2)

Menuju ke Burj Khalifa sangat mudah. Dari Lapangan terbang antarabangsa Dubai, kita boleh menaiki metro dan menuju ke stesen metro Dubai Mall. Perjalanan hanya mengambil masa 30 minit kalau tak silap dan ianya lebih murah jika ingin dibandingkan dengan menggunakan perkhidmatan teksi dari lapangan terbang. Jangan risau, berjalan di Dubai sangat senang dengan kemudahan pengangkutan awamnya yang sangat efisen.

Teman Jaulah

Di sana, pengunjung boleh mengambil peluang menaiki Burj Khalifa dan dapat melihat seluruh Dubai dari tempat yang tinggi. Harganya dalam 100 Emirati Dirham (AED) atau dalam RM 103. Tapi malang, aku tak sempat untuk menaiki menara tertinggi di dunia itu. Insha Allah, next time! Di samping itu, kalau pergi pada waktu malam, kita boleh tengok 'dancing fountain' di perkarangan Burj Khalifa tu. memang hebat dan warna warni.

Melihat tinggi dan hebatnya Burj Khalifa hasil ciptaan manusia, kagum. Namun, kita harus ingat sehebat mana ciptaan manusia, hebat lagi ciptaan Allah! itu sudah pasti. Jika melihat ciptaan manusia kita dah terpegun, apatah lagi jika kita mengamati ciptaan Allah yang Maha Hebat yang tiada tandingannya. Subhanallah!

kawasan sekitar Burj Khalifa

kawasan sekitar Burj Khalifa

kawasan sekitar Burj Khalifa

kawasan sekitar Burj Khalifa

Burj Khalifa pada waktu malam.

Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...