Skip to main content

Di sebalik Kota Soviet

suasana solat sunat aidilfitri di salah sebuah masjid di Moscow.
sumber: google
“Sementara itu, di Mosko Rusia lebih 60 000 umat agama islam membanjiri Masjid Sabornaya bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri....”

Aku terus menoleh ke kaca TV. Telinga aku begitu tajam apabila mendengar perkataan ‘Mosko Rusia’ yang disampaikan oleh pemberita salah sebuah stesen televisyen tempatan tersebut. Entah mengapa aku amat sensitif apabila disebut perkataan itu, mungkin kerana aku sedang belajar di sina atau mungkin pengalaman di sana yang membuatkan aku begitu dekat dengan negara bekas jajahan komunis itu.

“Ramainya orang. Sampai melimpah kat jalan raya,” ujar ayah aku.

“Ya ayah. Mursyid pernah lihat sendiri dengan mata kepala Mursyid ni. Memang rasa teruja bila solat bersama mereka,” balas aku.

Tiba-tiba fikiran aku terbang tinggi hingga ke Kota Metropolitan Mosko. Aku mengimbau kembali apa yang aku lihat dan rasai disana.

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke sana, pelbagai perasaan bercampur baur. Sedih meninggalkan keluarga di tanah air, gembira dapat melihat negara orang dan takut. Takut bukan kerana akan dirompak atau sebagainya, yang ini aku serahkan bulat-bulat kebergantungan aku pada Yang Maha Kuasa. Takut aku pada diri sendiri. Entah, bolehkan aku ‘survive’ untuk hidup dalam sebuah negara yang masih lagi berfikiran komunis, tambahan pula isu islamophobia yang kuat di eropah ketika ini.

“Allah, aku ingin mengenal cinta-Mu,” bisik hati kecilku.

* * *

Alhamdulillah, kelas hari ini habis awal. Subjek Neurology yang diajar oleh Profesor Dasha Gromova amat memenatkan minda dan tubuh badan aku. Susah? Sudah tentu kerana ilmu Allah itu Maha Hebat lebih-lebih lagi kita sedang mengkaji satu susuk yang dikatakan sebaik-baik kejadian. Sudah tentu memerlukan kesungguhkan dan minat yang tinggi.Maka, amat benarlah firman Allah didalam surah At-tin, ayat 3:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”

Seusai kelas tersebut, aku mengambil langkah bersama sahabat baik aku, Hakimi untuk ke masjid yang bagi aku sangat indah dan agak baru, Masjid Memorial. Tempatnya agak unik dan menarik kerana terletak di belakang sebuah tugu atau kawasan untuk memperingati peristiwa perang dunia yang ke-2.


Sedangkan kawan perempuan sekelas dengan aku ada yang mengambil peluang untuk balik serta berehat di rumah dan ada juga yang pergi ke kedai halal untuk mengisi perut yang sudah lama berkeroncong. Alhamdulillah, semenjak aku berada di Mosko ini, aku melihat semakin banyak kedai halal yang tumbuh bak cendawan. Peningkatan yang agak memberangsangkan ini mungkin sekali faktor utamanya adalah pemintaan yang tinggi. Ya lah, mana mungkin jika sesuatu perniagaan itu tidak mendapat sambutan akan tumbuh melata.

Sleduyushchaya stantsiya, Park Pobedy’ (Stesen berikutnya, Park Pobedy)

“Jom, Hakimi. Kita dah sampai,” ujar diriku.

Menaiki kereta api bawah tanah, atau di sini lebih dikenali sebagai Metro adalah rutin bagi kami. Ini lah pengangkutan yang menghubungkan kawasan diseluruh Moscow dan apa yang membuatkan aku cukup kagum dengan teknologi Metro ini adalah kecekapannya. Mana kan tidak, mempunyai 196 buah stesen, 12 jalur laluan dan yang paling hebat adalah setiap 30 saat satu kereta api akan sampai. Hebat, bukan?

Moscow Metro. sumber: google

Kami berjalan menuju ke masjid sambil melalui sebuah dataran yang sangat bersejarah. Ala-ala tugu negara di Malaysia. Di kiri dan kanan dihiasi pokok-pokok maple yang bertukar warna menjadi merah kekuningan. Kalau waktu musim luruh ni, memang sangat, subhanallah. Hebat ciptaan Allah.
Park Pobedy (taman kemenangan). sumber: google

Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari.

“uhh, masih awal. Satu jam lagi baru masuk waktu zohor. Tetapi masjid dah penuh,” Gertus hati kecil aku ini. Sangat kagum dengan islam yang diamalkan di sini.

Melangkah kaki memasuki ruang solat masjid di bahagian bawah tanah. Mencari sudut yang terbaik, lantas kami terus menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Sementara menunggu waktu solat jumaat, imam di sana menyampaikan tazkirah sepenuhnya dalam bahasa kebanggaan mereka, Bahasa Rusia. Walaupun aku tidak faham seratus peratus, tetapi ada juga beberapa perkara yang aku boleh agak.

Khatib mula membaca khutbah secara bersahaja dan tidak menggunakan teks. Khutbahnya yang padat, ringkas dan cepat memudahkan jemaah yang mempunyai hal selepas itu. Al maklumlah, di luar masjid sana, sangat ramai jemaah yang duduk didalam saff sehunggakan beberaba batang jalan raya terpaksa ditutup. Mungkin kerana itu khatib memendekkan bacaan khutbah agar tidak mahu sebarang tanggapan negatif masyrakat setempat tentang ‘perhimpuan mingguan’ ini.

Jemaah semakin ramai mengambil tempat. Ruang solat di dalam masjid sangat penuh. Duduk pun berhimpit-himpit dan sangat sempit. Pernah satu ketika, aku ditarik oleh salah seorang jemaah dek kerana jarak antara aku dan dia hanya dalam setengah jengkal tetapi tidak bersentuhan. Begitu mereka menitik beratkan kesempurnaan saff. Kagum. Lain suasananya di Malaysia. Saff pun tidak penuh, tambahan lagi jarak antara jemaah pun agak luas. Bukankah saff yang betul dan lurus itu sebahagian dari kesempurnaan solat? Terfikir.

Masjid Memorial, Moscow. Sumber: google

* * * *

“Eh, Fahmi. Kau perasan tak semakin ramai wanita Rusia bertudung?” tiba-tiba satu soalan melantun dari lidah aku.

“Ya la. Aku pun perasan juga. Semenjak kita datang sini empat tahun lalu, makin ramai aku tengok ‘awek ruski’ memakai tudung. Tambahan pula dah banyak kedai halal yang dibuka.” Balas Fahmi sambil memakan shaurma ayam kegemaran kami.

Kami meneruskan bersembang sambil menikmati shaurma ayam yang menjadi rutin kami tatkala kelaparan ketika di kampus. Melihat akan perubahan ini, aku merenung jauh. Betapa cahaya islam itu mula bersinar di bumi soviet ini. Alhamdulillah.

Menurut senior aku, jika dahulu mereka ingin mendapatkan bahan mentah halal amat susah. Apatah lagi kedai atau restauran halal. Kini, semuanya senang. Pergi sahaja pasaraya Auchan, semua barang ada. Dari ayam halal sehinggalah lidah lembu atau daging kuda yang halal. Semuanya mudah dan senang untuk dicari. Apa lagi alasan kita untuk tidak memilih yang halal, bukan?

"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (halalan toyyiba) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; Kerana Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu" (Surah al-Baqarah, 2:168).

* * * *

“Ayah, nak tahu tak kat sana Mursyid pernah solat sambil hujan di atas jalan raya. Waktu tu solat jumaat. Mursyid dan kawan serumah datang lewat. Terpaksa la solat diatas jalan raya. Memang sesak dan ramai orang. Sehinggakan ada polis yang menjaga kami,” aku memulakan perbualan setelah melihat kembali kisah solat sunat Aidilfitri  di Mosko di dalam akhbar.

“Allahu Akbar! Ramai orang islam kat sana,” sampuk ibu aku sambil membawa juadah raya.

“Ya bu. Kadang kala kita tak tahu mereka ini islam sehinggakan kita jumpa dengan mereka ataupun mereka sendiri yang memberitahu,” balas aku kembali.

          Melihat suasana di Mosko membuatkan aku terharu mengenangkan nasib mereka. Berada di negara yang bukan islam dan masih islam dipandang sinis lagi bukan sesuatu yang mudah bagi mereka. Namun, mereka cukup tabah dan kuat. Mereka memahami islam dengan mendalam kerana islam itu adalah kehendak serta pilihan yang mereka buat atas dasar mereka benar-benar meyakini islam itu adalah kehidupan. Bukan  islam warisan seperti kita. Oleh itu, sudah pasti mereka menganut dengan hati dan jiwa mereka. Malu kita yang dilahirkan terus menjadi islam. Sejauh manakah islam sebagai cara hidup kita?

Qul Syarif Mosque. Salah sebuah masjid di wilayah
Kazan, Russia

Aku menguak tingkap dan memandang jauh ke arah sawah padi yang terbentang luas. Menghijau menyejukan mata yang memandang, menenangkan hati yang gusar. Aku berfikir, benarlah disebalik Kota Soviet ini, aku menemui cinta-Nya yang hakiki. Terima kasih Allah.






p/s: Cerpen ini aku hasilkan untuk karya PPIM Moscow.



carian:
kehidupan di Mosko
Moscow Russia
Islam di Russia
Makanan Halal
Pelajar perubatan


Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege