Skip to main content

Kotor mereka demi kita!

Aku pasti, tatkala menjelang hari raya pasti ramai yang merungut akan sampah yang berlonggokan dan tidak dikutip. Siap ada yang maki hamun lagi. ahhh. aku geram dengan perangai mereka yang asyik nak komen dan menghentam tak tentu pasal ni.

Tahukan anda, pekerja-pekerja yang mengutip sampah atau aku lebih selesa memanggil mereka 'jurutera kebersihan' ini sanggup berkorban masa, tenaga malah berkorban untuk TIDAK memakai baju raya malahan mengambil keputusan untuk TIDAK beraya bersama famili mereka semata-mata ingin memastikan kebersihan kawasan sekitar lebih terjamin.
imej: google

Kita nak merungut lagi ke? Tak sedar ke yang kita sebenarnya yang 'menghasilkan' sampah sarap yang banyak. Lebih-lebih lagi pada musim perayaan ini. Sampah sarap yang dihasilkan adalah dua kali ganda! Banyak tu.

Aku tertarik artikel yang ditulis didalam satu portal berita untuk Negeri Terengganu (link). Artikel mengenai jurutera kebersihan yang sanggup bergelumang dengan kotoran demi menjaga kebersihan kawasan sekitar bandar Kuala Terengganu. Satu artikel yang sangat menarik dan membuatkan kita sama-sama berfikir untuk mencari solusi bagi masalah sampah sarap yang saban tahun semakin parah.

Bagi pandangan aku yang marheen dan hina ini, pertamanya kita sebagai seorang rakyat haruslah memainkan peranan yang sangat besar. Kesedaran sivik haruslah disemai didalam setiap isi rumah. Sebagai contoh. elakkan sebarang pembaziran baik dari segi makanan ataupun alatan lain, memahami serta menghormati tugas kontraktor kebersihan dan seterusnya sama-sama kita mengamalkan kehidupan yang lebih sistematik dalam pengurusan sisa pepejal ini.

Kedua, amalkan kitar semula Mana barang yang masih elok dan boleh digunakan, baik kita simpan atau jadikan ia sesuatu yang baru. Banyak sahaja perkara yang menarik mampu terhasi dari bahan-bahan buangan ini. Seperti lebihan makanan boleh dijadikan baja, tayar boleh dijadikan pasu bunga, atau botol plastik boleh dijadikan tabung duit. Kita perlu menjadi lebih kreatif dan inovatif! Tak percaya? anda boleh tengok satu portal yang menarik ini. (link)

Selain itu, yang ketiga adalah kurangkan penggunaan beg plastik di pasaraya. Untuk pengetahuan semua, melalui pengalaman aku di Rusia mereka kurang menggunakan beg plastik ketika membeli belah di pasaraya. Apa yang mereka buat? Mereka akan mengenakan cas untuk sesiapa yang inginkan beg plastik. Mereka memberi satu pilihan lain kepada pembeli iaitu beg guni ataupun kotak kertas yang senang untuk dikitar semula. Ini cara mereka mendidik masyarakat untuk kurangkan penggunaan beg plastik.

Jurutera kebersihan di Jepun. imej: google
Di samping itu, yang keempat, aku juga menyarankan agar pihak berkuasa tempatan meningkatkan tahap kredibiliti dan imej pekerja yang terlibat dengan perkara ini. Sebagai contoh di Jepun, mereka menggelarkan mereka sebagai Jurutera Kebersihan dan mengenakan pakaian seragam buat mereka serta mungkin boleh memberi imbuhan gaji yang lebih tinggi buat mereka. Mengangkat imej ke tahap profesional. Itu sesuatu menarik untuk kita aplikasi di negara kita. Barulah merek dipandang tinggi dan secara langsung kebersihan bandar kita akan semakin terjamin, insha Allah.

Wallahu'alam. Pendapat aku itu adalah dari diri yang hina. Mungkin ada yang lebih menarik dari anda? Jom menjadi masyarakat yang mengutarakan solusi bukan sibuk mengundang kontroversi!
Itu apa yang aku mampu luahkan sebagai rakyat maheen yang inginkan melihat negeri serta negaraku bersih.

Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman?!



tag: negeri bersih, rakyat sihat


Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...