Skip to main content

Syawal Penentu kejayaan Ramadhan

assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Allahu... Ramadhan dah pergi meninggalkan kita. Mungkinkah ada Ramadhan pada tahun hadapan?
Allahu'alam.
apa yang pasti, kita semua sudah melakukan yang terbaik sepanjang berada pada bulan yang mulia itu.

tapi, harus kita ingat bahawa ramadhan yang baru sahaja berlalu itu adalah suatu tempoh 'persiapan' bagi kita untuk menempuh 11 bulan yang akan datang. tempoh persiapan diri yang diberikan oleh Allah itu rasanya cukup dan sangat bermakna lebih-lebih lagi dengan pelbagai ganjaran yang ditawarkan.

dilipat gandakan pahala setiap amalan. 
diberinya malam al-qadar.
dibuka seluas-luasnya pintu taubat dan rezeki.
pintu syurga terbuka dan tersergam indah.
pintu neraka ditutup serapat-rapatnya.
syaitan digari dan dijauhkan daripada manusia
serta pelbagai lagi nikmat yang ditawarkan.

Namun, Penentu kejayaan kita pada bulan Ramadhan adalah ketika di bulan syawal dan bulan-bulan seterusnya.

kenapa? huhhh..

kita menjaga Solat ketika bulan ramadhan tetapi meninggalkan solat pada bulan syawal.

kita asyik bertadarus ketika bulan ramadhan tetapi quran entah kemana pada bulan syawal.

kita boleh mengawal nafsu ketika bulan ramadhan tetapi nafsu mengawal kita pada bulan syawal.

kita boleh menutup aurat dengan sempurna ketika bulan ramadhan tetapi tiada istilah aurat pada bulan syawal.

kita boleh menjaga batasan pergaulan ketika bulan ramadhan tetapi sudah tiada sempadan pergaulan pada bulan syawal.


Nauzubillah.

adakah kita pemegang "Ijazah Kelas Pertama" dari Universiti Ramadhan?

ayuh muhasabah diri! semoga segala Amalan kita ketika ramadhan diterima.
jom menjadi Hamba Allah, bukan Hamba Ramadhan.



HAPPY EID MUBARAK

Kullu am waantum bikhair. 
Taqabbalallahu minna waminkum!



Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...