Skip to main content

malu la!

salam wbt semua!

hari ni rasa nak share sesuatu yang buat aku terfikir panjang dan buat aku jauh merenung akan diri aku sendiri ini.

baru-baru ini aku ada message seorang junior aku (bukan sekadar junior tapi aku dah anggap dia macam adik aku sendiri atau macam seorang sahabat baik aku, he is so special to me. ^_^ ) ketika bersekolah di kemaman dahulu.

dalam tengah sembang-sembang tu, ada lah terkeluar satu topik yang tetiba menginsafkan diri ini. topiknya adalah doa! bukan cara untuk berdoa tetapi masa berdoa itu sendiri. maksud aku, kita sebagai manusia ini sering berdoa ketika susah dan menghadapi masalah sahaja. masa lain? entah kemana doanya itu...


kata sahabat aku itu (lebih kurang laaa...), "kita berdoa kepada Allah, tetapi kita sering bermaksiat (melakukan dosa) kepada Allah. Allah nak makbulkah doa kita? tak malu ke kita?"

sentap.

terasa begitu hinanya diri ini. malu. malu dengan Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. kita bertiduran dengan maksiat, berlazatan dalam dosa. tiba-tiba kita ingin berdoa meminta pertolongan kepada Allah. Allahu. bagaimana agaknya doa kita ye? 

Bukan aku nak kata kita tidak boleh berdoa, tetapi cuba fikir secara logik. kita tidak buat apa yang boss kita suruh dan amanahkan kepada kita. tetiba kita ingin minta tolong kepadanya. tak malu ke kita? selama ini kita sombong dan angkuh!

malu.

jadi, sebagai insan yang lemah dan hina. insan yang sering kali bergelumang dalam dosa dan noda. marilah kita merenung dan muhasabah diri ini agar terus kuat dalam membaiki diri kearah yang lebih baik. insha Allah.

"semua anak Adam itu melakukan kesalahan. sebaik-baik pelaku kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat." 
Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah






Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...