Skip to main content

jerebu dan kita

assalamualaikum wbt semua!

macam mana keadaan anda semua? diharap agar kita berada dalam keadaan kesihatan yang optimum. insha Allah. al-maklumlah musim2 jerebu ni kan...


* * *

tangan manusia

keadaan jerebu di negara kita semakin pulih. alhamdulillah. pelbagai iktibar dan pengajaran yang boleh kita kutip dan albumkannya di dalam hati kita agar ia menjadi satu rujukan hidup dimasa hadapan. teringat akan satu firman Allah didalam alQuran

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (Q.S: Ar Ruum: 41)

nah, apa yang berlaku itu sebenarnya adalah akibat dari perbuatan manusia itu sendiri. baik dilaut mahupun didarat. menyingkap bencana jerebu yang melanda negara, ia disebabkan oleh kebakaran yang berlaku di negara jiran kita. bukankah benar firman Allah itu? tepuk dada tanya iman.

* * *

nikmat yang hilang

sebenarnya jerebu memberi kita satu pengajaran. iaitu sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah terutamanya nikmat udara yang sihat! apabila kita dilanda jerebu, sudah tentu Allah menarik sedikit nikmat yang diberikan-Nya itu kepada kita. ketika ini kita sedar bahawa bertapa sayangnya Allah kepada kita.

Dia memberi nikmat dengan PERCUMA. tanpa meminta kita untuk membayar kembali. apa yang diharapkan adalah kita menjadi makhluk ciptaan-Nya yang taat dan bersyukur. insha Allah. Ayuh, jangan lupa untuk bersyukur dan menjadi insan yang taat kepada Allah. aminnn.

* * *

dimasa hadapan

diharap kita mengambil tauladan apa yang terjadi ini. hentikan pembakaran terbuka dan hentikan segala bentuk 'penyeksaan' kepada bumi ini. kepada peladang, gunakanlah kaedah pelupusan 'zero burning' agar sama-sama kita memelihara alam yang begitu indah ini. insha Allah

sungguh Allah ciptaan Allah ini amat indah dan sempurna. peliharalah ia agar menjadi satu pusaka untuk anak bangsa pada hari esok. jika bukan kita, siapa lagi?

ayuh muhasabah! bertapa besarnya nikmat yang Allah berikan kepada kita namun,

"Maka, nikmat Tuhan-Mu yang manakah yang engkau dustakan?" (QS Ar-Rahmaan: 13)

PERSOALAN???





carian: jerebu 2013, malaysia jerebu, keadaan jerebu di malaysia, langkah pencegahan jerebu, sebab jerebu, jerebu sekarang, kesan jerebu


Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...