Skip to main content

sweetnye korang... ^_^

sumbangan gambar: tun nurhanani

apabila kita uplaod gambar kita bersama 'pasangan kekasih hati intan payung' kita tu, pasti akan mendapat jumlah "like" yang tinggi kan? dan mungkin komen sampai beratus-ratus. pergghhh.... hebat siott.... suke2.. auuuwwww...

antara komen yang biasa la orang akan tulis,

ya Allah, sweetnye korang. bak kate omputih, sweet like chocolate!

semoga bahagia korang!

sweetnye die...

hensem dan cantik la korang. macam pinang dibelah lapan belas! huhu..

dan ape-ape lagi la komen yang kadang-kadang aku pun dah tak tahu nak baca... pening2... hehe.

errkk.... tapi, betul ke apa yang kita buat tu? kita upload gambar bersama yang bukan mahram bagi kita. senang citer die tu bukan isteri/suami kita yang sah. siap duduk berpegangan tangan, duduk rapat2, bersentuhan. aishh.. tak rasa ape2 ke derrr? hurm... jom kita reflex balik diri kita ni... kita berfikir dan muhasabah diri ini... mari kita hayati satu firman Allah:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)" - al-Israa' : ayat 32.

perasan tak yang Allah dah tegur kita tu. masih kah kita nak lawan perintah Allah sedangkan kita telah mengaku bahawa diri kita ISLAM? Allah dah warning kita supaya kita jauhkan diri dari zina. maksudnya kita mesti jauhkan diri dari perkara-perkara yang akan menarik kite ke lembah zina tu. emmm... kalau nak bagi contoh perkara tu like couple, dating, berdua-duan, berpegangan tangan, bersosial dan sebagainya. perkara inilah yang akan membuatkan lama-kelamaan kita terjerumus dalam lohong zina itu. nauzubillah. kite perlu ingat, syaitan sentiasa menanti peluang untuk attack kite tu.. be careful and get ready!

jadi, aku ingin ingatkan diri aku yang selalu lalai ini dan juga sahabat yang membaca, ayuh, kita jaga perilaku kita. biarlah kita kejar cinta Allah dahulu sebelum kita kejar cinta makhluk itu. sesungguhnya cinta makhluk itu akan datang seandainya kita letakkan Allah yang utama.

sumbangan gambar: tun nurhanani

wassalam...

P/s: maaf kalau ada yang terasa. Niat dihati hanya ingin berkongsi serta ingin mengajak kalian bersama dalam agama islam yang benar. saya juga ingin teguran andai diri ini silap... Kita tak sempurna tetapi kita mesti berusaha untuk sempurna. Allahu'alam.

i love you all in sake of Allah.





Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...