Skip to main content

Ditegur


"Ya Allah, lamanya aku tidak menjejakkan kaki ke 'rumah-Mu'," detik hati ini...

Sejak dua tiga minggu ini, kurasakan sangat rindu untuk beriktikaf di rumah yang penuh ketenangan itu, masjid. Ya, memang benar. Aku akui sukar bagi aku untuk menjejakkan kaki apatah lagi bersujud di dalam rumah Allah dek kerana kehidupan dibumi asing bagi islam ini. Perjalanan menuju ke masjid ini tidaklah begitu jauh hanya memakan masa hampir 1jam sahaja. Namun, kerana kemanisan dunia telah memberatkan kaki serta hati ini untuk singgah di sana. Fuhhh.. sangat memerlukan pengorbanan dan iktikad yang kuat....

"dari niat, terlahirnya perbuatan"

gmbr hiasan

Alhamdulillah, hari ini Allah telah ringankan kaki ini untuk melangkah dan terus melangkah menuju rumah-Nya. Dulu aku pernah ke sini. Masih teringat lagi akan cebisan memori kali pertama aku melabuhkan diri, sujud menunaikan kewajipan seorang mukmin. Alhamdulillah×100. Tak terkata di mulut ini kecuali melahirkan puji-pujian kepada Illahi. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang merasai ukhuwah Islamiah di sini. Biarpun kami berbeza ketinggian, berbeza warna kulit dan berbeza bahasa pertuturan, Namun kami tetap berkiblatkan yang satu, berTuhankan yang satu dan berakidah yang satu. Indahnya islam...

"Sesungguhnya islam itu bersaudara"


Ketika aku usai solat tahiyatul masjid, ada seorang hamba Allah menegur akan kesilapan aku. Ya, walaupun kami saling tidak mengenali tetapi kerana islam, kami saling mengingati. Hamba Allah itu menegur aku agar khusyuk serta fokus didalam solat dengan melihat tempat sujud. Aku akui, itu silap aku. aku leka dan lalai serta termakan hasutan syaitan ketika solat. Tetapi, Alhamdulillah. Aku ditegur oleh Allah. Kerana Allah jadikan hambanya itu sebagai pengantaraan untukku bagi menegur diri yang lemah ini. Aku tahu bahawa teguran itu adalah tanda kasih dan sayangNya kepada diriku agar aku terus dekat kepadaNya. alhamdulillah.

suasana didalam masjid Tetyakov, Rusia

ya Allah, semoga Engkau tambatkanlah hati-hati kami didalam jalan-Mu. Engkau berikanlah kami kekuatan serta keteguhan iman agar kami mampu melawan hasutan syaitan serta bisikan nafsu. ya Rahim, jadikanlah kami dalam golongan hamba-Mu yang khusyuk dalam solatnya, baik akhlaknya dan menjadikan islam itu sebagai cara hidupnya... amin ya Allah, amin Ya Rahman, amin ya Rahim...

wassalam...

Comments

  1. Alhamdulillah :)
    Teruskan usaha,tetapkan hati, teguhkan jiwa!
    terus bersemangat! terus mencari.
    Innallaha ma'al sobirin
    Sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar.
    InsyaAllah dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...