Skip to main content

siapa kita?

Assalamualaikum braderr....! Huhu. Jom main teka teki.

jadilah muslim yang belajar, bukannya pelajar yang muslim.

Teka teki untuk kali ini :
Siapa Kita?
a) pelajar yang muslim.
b) muslim yang belajar.
Jawapan anda:_______

Apa jawapan bro2 semua?
Sebenarnya, sedar tidak sedar selama ini kita keliru dengan diri kita sendiri kan. Persoalan yang semudah itu pun kita menjadi keliru dan teragak-agak untuk menjawab. So, Mari kite selidik dan 'intai' setiap jawapan tuu.

"Pelajar yang muslim"
kalau ikutkan dari segi 'hukum bahasa' perkara yang penting harus didahulukan dan yang menyokongnya dikemudiankan. So, kat sini perkara pokok yang ingin disampaikan adalah 'pelajar' dan yang menjadi penguatnya adalah 'muslim'.

"Muslim yang belajar"
Hah, untuk jawapan ni pula, perkara yang diutamakan adalah 'muslim' dan 'belajar' merupakan sokongan serta penguat kepada ayat ini.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Jadi, kat sini kita perlu melihat kembali sedalam-dalamnye diri kita ini. Apa yang perlu kita utamakan? Muslim atau pelajar?

Jawapan
Ya, sudah tentu 'muslim yang belajar' kan bro. Perkara yang perlu diutamakan serta dijadikan tunjang adalah 'MUSLIM' dan yang menjadi penguat serta pengukuhnya adalah 'BELAJAR'. Kita mesti tahu yang apa yang penting dalam hidup ini adalah menjadi seorang muslim dengan melaksanakan segala suruhan Allah disamping kita perlu belajar untuk kejayaan dunia akhirat.

kearah muslim yang professional, insha Allah.

Kenapa kita tidak bangga dengan agama yang kita anuti ini? Peringatan untuk diri ini dan mereka yang sedang membaca, jadilah seorang Muslim yang fahamKan islam, muslim yang belajar, muslim yang profesional dan muslim yang berjaya dunia akhirat. Insha Allah. Ameenn...

thanks for reading! wassalam.


carian: muslim, islam, muslim yang belajar, pelajar yang muslim, siapa kita? tujuan belajar, jom jadi muslim yang professional, ulul albab, jadilah muslim yang belajar.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege