Skip to main content

sayangkah kita pada Nabi?

sayangkan isteri tinggal-tinggalkan,
sayangkan anak tangan-tangankan,
sayangkan Nabi ________________?

*sila isi tempat kosong itu ye... =)

assalamualaikum semua!
hah! baru-baru ni umat islam dikejutkan dengan filem yang memburukkan Baginda Nabi Muhammad SAW ( Innocence of muslim ). berlaku di sana sini perhimpunan membantah dan mengharamkan filem itu tersebar di laman Y** T***. sehingga ada yang menyebabkan pertumpahan darah, pembunuhan dan sebagainya. tetapi, ada juga yang berhimpun dengan aman dan berjaya. tahniah!

sumbangan gambar: pak cik google

berbalik kepada teka-teki kat atas tu, macam mana kita ingin menunjukkan kasih sayang kita pada junjungan mulia itu. adakah dengan berdemo dan membantah tatkala dilanda serangan oleh orang bukan islam sahaja? bile ada isu-isu sensitif seperti ini barulah kita hendak bangkit dan menyatakan bahawa "kita sayang Nabi". berhimpun, bersatu dan membantah adalah sesuatu yang sangat baik. itu akan menyedarkan masyarakat bukan islam agar tidak bermain dengan api dan menyentuh isu-isu sensitif.

TETAPI, di samping itu juga, kita perlu istiqamah dan konsisten meletakkan Nabi didalam hati kita sepanjang masa. bukan hanya bermusim... bagaimana? jom la kite same2 menghidupkan kembali sunnah-sunnah Baginda dan memahami apa itu ISLAM sebenarnye. islam tu tak susah saudara, tapi kite lah yang menyusahkannya. banyak sunnah Baginda yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita. contohnye, bersedekah, menjaga wuduk dan sebagainya. ( boleh rujuk: jaga 7 sunnah Rasulullah SAW).
hah, kalau kita hidupkan sunnah Baginda, barulah yang dinamakan CINTA PADA RASULULLAH... ^_^

sumbangan gambar: pak cik google

"ya Allah, Tuhan yang Maha Kuasa, Engkau jadikanlah Sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW itu sebagai sebahagian dari hidup kami. Ya Rahim, Tuhan yang Maha Penyayang, Engkau suburkanlah sayang kami dan cinta kami kepada Baginda SAW. Ya Mujiib, Tuhan yang Maha Mengabulkan, Engkau kabulkanlah permintaan dan rintihan kami ini.. ya Allah... ameennn...

wassalam.

p/s: jawapan teka-teki tu adalah: jom kita ikut ajaran Nabi Muhammad! insha Allah...

 carian: hina islam, innocence of muslim, jom amal sunnah, nabi muhammad SAW, kebangkitan islam.

Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...