Skip to main content

musim luruh dalam diri




Melihat pokok yang kehijauan bertukar menjadi kuning keemasan. Itulah tanda musim luruh telah datang. Buat mereka yang berada di negara yang mengalami 4 musim memang best dan syok melihat keindahan ciptaan Allah kan. Seriously, mase time2 ni la ramai yang tidak akan melepaskan peluang utk ber'posing' sakan dibawah daunan yang kekuningan... cewahhh, macam filem hindustan pun ade. Hehe.
------------------------------------------------------------------------------
Merenung sejenak keindahan alam ciptaan Robbul 'izzati, membuatkan diri aku sebak dan rasa terhina. Adakah diri aku dan iman ini juga kekeringan serta berguguran seperti dedaun tersebut? Allahu Robbi. Adakah iman layu dan sepi? dimanakah kesegaran dan kehijaun itu?

Persoalan2 itu menerjah jauh ke dalam seketul daging kecil yang ibarat raja kehidupan. Andai itu adalah benar, aku perlukan baja dan air secukupnya. Air ibadat dan baja keikhlasan itu perlu aku cari dan terus mencari agar tiada lagi musim luruh dalam diri ini...


Ingin aku capai indahnya iman bak musim bunga
Mekarnya ibadat semekar sang tulip kembang menyeri,
Ingin aku capai dinginnya diri bak musim salji
Sejukkanya hati menolak segala hasad dengki,
Ingin aku capai hangatnya ukhuwah bak musim panas
Bahang persaudaraannya hingga ke firdausi.


Ya Allah, dikala iman aku gugur dan layu, Engkau turunkanlah hujan rahmat ke dalan hati aku agar imanku kembali segar.
Ya Rahim, dikala aku merasakan diri ini jauh dari jalanmu, Engkau pimpinlah aku kembali ke landasan kebenaran-Mu.
Ya Rahman, limpahkanlah kasih sayang-Mu kepada hamba-Mu ini agar dirinya sentiasa mendapatkan CINTA dar MU... ameennn.


Wassalam....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...