Skip to main content

bermula perjalananku sebagai pelajar perubatan...

assalamualaikum wrb...
sesungguhnya Allah jualah yang menghendakkan kita untuk hidup pada hari ini. alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam.


Allahmdulillah, aku bersyukur kerana setelah sekian lama berada di bumi moscow, akhirnya aku telah menjadi pelajar perubatan yang sah di First Moscow State Medical University. wow! lebih sebulan aku tidak berbuat apa-apa di sini, dan pada saat ini, bermulalah perjuangan aku untuk mencapai cita-citaku.

kata orang, Allah lebih mengetahui apa yang berlaku dan setiap kejadian pasti ada hikmahnya... senior aku disini ada cakap, "kalau awak berjaya menempuh kehidupan sebagai pelajar perubatan di rusia selama 6 tahun, InsyaAllah, awak akan boleh survive jika diletakkan kat mana-mana nanti bila dah kerja". hal ini kerana, belajar perubatan di sini bukan senang yang dijangka. pelbagai ujian dan dugaan perlu kami lalui di sini. contohnya, masalah bahasa komunikasi, keadaan suhu, kelas yang jauh, makanan halal dan lain-lain lagi. semua ini adalah sampingan bagi kami dalam usaha menamatkan pelajaran selama enam tahun akan datang.
namun, insyaAllah. segala pengalaman inilah yang membezakan kami di sini dengan pelajar perubatan di tanah air dan pengalaman inilah yang mematangkan kami.

Antara fakulti universiti aku yang perjalanannya 
mengambil masa hampir 2 jam.



oleh yang demikian, untuk para pembaca, mungkin blog ini tidak serancak dahulu dalam mengeluarkan entry terbaru. tapi, insyaAllah aku akan cuba 'menghidupkan' blog aku ini. semoga ia dapat memberi manfaat buat anda semua. insyaAllah...

masa untuk study...!

Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah tempat aku mengadu dan tempat aku meminta simpati,
Engkau kurniakanlah kekuatan buat aku serta rakan-rakan yang lain 
dalam menempuh segala ujian dari-Mu kelak.
Ya Rahman, Ya Rahim, 
Engkau permudahkanlah segala urusan kami di sini, usah Engkau sukarkannya.
Engkau sucikanlah jiwa kami, usah Engkau kotorinya,
Engkau berkatilah segala ilmu kami dan Engkau berkatilah segala kerja buat kami ini.
amin.. ya Rabbal 'alamin...

itu sahaja buat kali ini. insyaAllah, jumpa lagi.

assalamualaikum wrb....

salam seribu kali sayang dari bumi moscow!


jom like fan page FB aku! : 


Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...