Skip to main content

teguhkanlah iman kami, ya Allah...

assalamualaikum wrb...


lama aku tidak menulis entry terbaru. tiba-tiba pada hari ini Allah telah menggerakkan jiwaku untuk menulis luahan hati. bukan ingin memburukkan sesiapa namun, hanya sekadar iktibar untuk sama-sama kita fikirkan...

sebagai mukaddimah entry ini, eloklah kita berdoa agar kita semua dibukakan pintu hati, dilapangkan fikiran untuk merenung serta memuhasabah diri. Hanya Allah tempat kita menadah doa, memohon sesuatu....
dalam kehidupan ini, memang mereka yang bernama MANUSIA tidak akan lari daripada melakukan khilaf dan dosa. namun, perkara itu mampu kita kurangkan serta bendung.

pengalamanku berada di negara bukan islam ini amat menakutkan aku. walau baru hanya beberapa bulan, namun melihat rakan-rakan seperjuangan yang kini asyik melayan godaan dunia yang sementara, bergelumang dalam lautan dosa, serta terjerumus dalam lohong kehinaan; amat merisaukan aku. pergaulan lelaki dan perempuan tiada batasan agamanya, mencuba sesuatu yang haram, serta mengabaikan tuntutan sebagai seorang yang beragama Islam. ya Allah.......

terfikir di kotak pemikiran ini, adakah suatu hari nanti aku seperti mereka? adakah diri ini juga akan terjerumus ke dalam lembah maksiat... Ya Allah, jauhkanlah diriku serta dari perkara-perkara yang mampu mengheret aku ke neraka-Mu.... amin....

kenapa ini semua terjadi? teringat akan pesanan ibu dan bapa aku sebelum aku berangkat meninggalkan bumi Malaysia, "affiq, jangan tinggal solat". walaupun hanya luahan kata yang sangat ringkas, namun ia memberi makna yang amat besar kepada aku... sesungguhnya solat itu mampu mencegah kemungkaran. bentenglah hati ini dengan amal ibadah yang ikhlas kepada Allah.. . insyaAllah, semuanya akan selamat.

alhamdulillah, aku begitu bersyukur kerana di sini, aku dapat mengenali senior serta rakan-rakan yang mampu mengikat hati serta membimbing diri aku ini daripada jatuh kedalam lembah maksiat. tiada ungkapan yang mampu aku ucapkan melainkan hanya Allah yang mampu menilai segalanya....

Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami ini setelah Engkau memberi nikmat kepada kami. Ya Allah, kami hamba-Mu yang sentiasa melakukan dosa amat berharap agar Engkau teguhkanlah iman kami ini supaya dapat menempuh liku-liku kehidupan yang amat mencabar. Ya Allah, hamba-Mu yang jahil ini juga ingin memohon agar Engkau jagalah hati kami ini daripada titik-titik hitam maksiat yang amat keji itu. sesungguhnya kepada-Mu kami meminta pertolongan dan kepada-Mu jua kami berserah... makbulkanlah doa kami, Ya Allah...! amin...

p/s: peringatan ini adalah buat diriku yang kerdil serta tidak terlepas daripada melakukan dosa. marilah kita sama-sama meningkatkan diri kearah yang lebih baik di mata Allah dan juga di mata manusia. segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu kelemahan diriku....

assalamualaikum wrb...

salam seribu kali sayang dari bumi moscow!

Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...