Skip to main content

Moscow race 2011 anjuran KUMOSC...

assalamualaikum wrb...
alhamdulillah, bersyukur sekali lagi ke hadrat Allah swt atas kesempatan yang diberikannya kepada kita untuk hidup pada hari ini...


untuk pengetahuan semua, pada 30hb Oktober 2011 aku bersama kawan-kawan aku yang lain telah menyertai satu pertandingan yang dinamakan MOSCOW RACE anjuran Kelab UMNO Moscow atau singkatannya KUMOSC. tujuan program seumpama ini diadakan adalah memberi pendedahan kepada kami mengenai sistem metro (kereta api) dan memberi kesempatan kepada kami untuk mengenal tempat-tempat yang menarik di moscow.

pertandingan ini bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. pertandingan ini bermula serta berakhir di Pejabat Kedutaan Malaysia di Rusia. wow! memang best la. macam-macam tempat yang kami pergi, contohnya zoo, shopping mall, red square, dan lain-lain lagi. di setiap tempat tersebut, kami dikehendaki menyelesaikan tugasan yang diberi. tugasannya tak la sesukar mana pun.. hahaha...

sebahagian daripada tugasan kami
*meneka gaya haiwan

sebahagian daripada tugasan kami
*bergambar di hadapan kubur Lenin

setelah penat, kami berjamu selera.

makanan yang sangat sedapppp...

menunggu acara penutup.

beramah mesra!

memori yang tak dapat dilupakan...

ketika majlis penutup.
ucapan daripada pengerusi kelab umno moscow.
alhamdulillah, pasukan aku iaitu pasukan KUNING telah menjadi juara. kami menerima hadiah wang tunai RUB 2000 (RM200), hamper dan baju kelab. terima kasih banyak kepada semua ahli kumpulan aku iaitu hazwan, adam, izzah nurhanim, izzah zafirah, farah dan isha serta tidak lupa kepada escort terbaik kami iaitu ezrin. thanks a lot!

paling kiri adalah escort terbaik kami!!

this is a yellow team!

itu sahaja untuk tatapan anda pada kali ini.
semoga Allah mengizinkan pertemuan kita untuk hari mendatang, insyaAllah..

assalamualaikum wrb...

salam seribu kali sayang dari bumi moscow!

Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...