Skip to main content

beraya di perantauan....

takbir raya.



assalamualaikum wrb....
salam aidiladha 1432H.


alhamdulillah, pada hari ini kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk meraikan hari yang penuh bermakna bagi kita umat Islam iaitu Hari Raya Aidiladha 1432H.

inilah kali pertama aku beraya berjauhan beribu kilometer dari keluarga. perasaan agak sedih juga namun aku tahu, bahawa aku berada di sini adalah ingin menuntut ilmu Allah yang Maha Luas serta ingin mencapai cita-citaku bergelar seorang doktor. memang tidak dapat dinafikan kemeriahan menyambut aidiladha di Malaysia amat meriah berbanding di sini. tapi, itu bukan batu penghalang bagi kami di sini untuk menyambutnya dalam keadaan serba sederhana namun agak bermakna.

perjalanan kami dari asrama pada jam 8.00pg (waktu ini masih subuh lagi, so keadaanya agak gelap dan sejuk...). walaupun kami tahu pada hari ini suhu akan jatuh pada paras -10 darjah celcius, namun dengan semangat yang kental, kami meredah kesejukkan itu semata-mata ingin bersama-sama masyarakat malaysia meraikan hari yang bersejarah ini. inilah yang dikatakan pengorbanan. takbir sayup kedengaran dan bergema di pejabat kedutaan malaysia di moscow ini, hati hiba teringatkan keluarga di Malaysia. namun, aku gembira kerana aku ada keluarga aku di sini. keluarga aku adalah SAHABAT aku (abg2 senior juga adalah famili aku di sini.. hehehe.... *ye ke???) so, kemeriahanny juga terasa di sini....

walaupun kesejukkan, kami tetap bersemangat!

sebahagian rakyat malaysia di russia.

khutbah aidiladha.

ucapan dari Dato' Duta Malaysia di Persekutuan Rusia.

seisi bersalaman.

menikmati juadah selepas selesai solat.

juadah yang disediakan.

sambutan yang sederhana tetapi meriah.

ketika di luar pejabat kedutaan.

rakan-rakan seperjuangan @ famili di moscow!

alhamdulillah. rasanya itu sahaja untuk kali ini. buat pengetahuan, kelas aku sudah bermula. jadi, tak dapatlah nak update selalu ye... :)

assalamualaikum wrb...

salam seribu kali sayang dari bumi moscow!







Comments

  1. selamat masuk kelas..selamat dengar kuliah..selamat buat assignment...selamat pop kuiz..selamat ujian...OHhhhhh....campus life!! :)

    ReplyDelete

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...