Skip to main content

Persimpangan

'bibb....bibbb....' telefon bimbit pemberian ayah aku bergetar. tertera di skrin tersebut, 'message from abah'. tatkala ini aku sedang mengikuti Minggu Destini Siswa (MDS) di Universiti Teknologi Mara, Kampus Puncak Alam. Tanpa melengahkan masa aku terus membuka mesej tersebut, 

"Azmi, ada surat daripada Yayasan Negeri ni. Tawaran sambung belajar ke China Medical University nak tak? buat keputusan malam ni juga ya dan mesej abah esok...". 

Terkedu aku seketika. Mana tak terkedunya, dalam masa yang agak singkat aku terpaksa membuat keputusan demi masa depanku. Masa depan yang bakal aku harungi sepanjang hidup ini. Aku keliru dan berbelah bagi. 

Segala aktiviti MDS yang aku lalui pada hari itu bagaikan sesuatu yang kosong. Hanya jasad aku sahaja mengambil tempat ketika itu. Fikiranku jauh melayang memikirkan tentang perkara tersebut. Aku hanya mengikut apa sahaja yang dikatakan oleh abang 'PM' (pemimpin mahasiswa). Disuruhnya ke sana, aku ke sana, disuruhnya aku ke sini, aku ke sini bagaikan sedang dipukau. Aku seperti berada di dunia lain. Dunia yang penuh dengan persoalan, kebimbangan dan kebingungan.

Tetiba teringat sajak "The Road Not Taken" hasil karya Robert Frost yang aku belajar ketika di sekolah menengah dulu...

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.


sumber imej: google
Antara dua jalan. Kadang kala kita perlu melakukan pilihan biarpun pilihan itu tidak dialui kebanyakkan orang lain. Jalan yang tidak dilalui orang itu sememangnya tidak menjanjikan kemudahan dan kesenangan. Malah, ianya sentiasa direntangi ranjau dan belukar agar hasilnya menjadi yang terbaik. Lain dari yang lain.


Membuat pilihan hidup. terpaksa memilih satu jalan yang akan menentukan nasib hidup aku kelak. Akhirnya, sebelum tidur pada malam tersebut aku menunaikan solat sunat istikarah bagi mendapat petunjuk dari Allah apa yang terbaik buat diriku ini. Sama ada berada di UiTM Puncak Alam dalam jurusan Asasi Sains atau menerima tawaran ke China tersebut. Sebenarnya aku juga mendapat tawaran biasiswa daripada JPA untuk Program Ijazah Dalam Negara (PIDN). Pening.... Biar Allah sahaja yang menentukan segalanya. Malam tersebut aku aku masih berfikir dan akhirnya aku tenggelam dalam kelenaan tidur...

Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Aku bingkas bangun dan mencapai tuala yang berpada di hadapan katilku serta terus membasahi tubuh ini. Usai solat Subuh, aku menarik nafas panjang dan membuat keputusan... Butang send ditekan. 

'Abah, Azmi nak ke China, nak capai cita-cita Azmi dari kecil untuk jadi seorang doktor

Mesej pesanan ringkas yang telah aku hantar buat ayahku.

Setelah itu, pagi tersebut aku membuat keputusan untuk tidak menghadiri segala aktiviti MDS kerana aku perlu menyelesaikan segala urusan perpindahanku. Memang agak berat untukku meninggalkan sahabat aku, Imran, Iqram, Zahid, Sarjit dan lain-lain lagi. tapi itu tidak bermakna kami akan terus terpisah. Sahabat yang baru sahaja aku kenal dan temui tetapi telah membuatkan diri aku selesa bersama mereka. Gelak, tawa, saling menasihati dan macam-macam lagi.

Pada tanggal 28 Mei 2011, hari untukku meninggalkan UiTM Puncak Alam. Memang sedih. Rakan-rakanku turut menolong aku untuk memasukkan segala barang ke dalam kereta milik ayah.

"Aku minta maaf dan jaga diri elok-elok ye," ungkap aku pada kawan-kawan aku.

Kadang kala, apa yang kita rancang itu bukan yang terbaik buat kita. Kerana itu, kita harus sedar bahawa yang Maha Perancang mempunyai rancangan yang lebih baik untuk kita. Kita harus yakin dan yakin. Teruslah melangkah gagah atas perancangan Tuhan mu itu. Ingat, jika dirimu merasa lemah, berpautlah pada tali Allah yang sentiasa ada untuk mu, yang mampu memberi seribu kekuatan untuk terus belari mengejar cita demi pencipta.

Kereta Proton Waja bewarna putih milik ayah terus meluncur laju di Lebuhraya Karak. Masa telah menetukan segalanya. Aku terpaksa untuk terus pandang kehadapan. Aku juga pasti dan percaya bahawa semuanya aturan Allah. Mungkin ada sesuatu yang Allah sedang rancangkan untuk aku. Aku berharap agar hikmahnya datang membawa aku untuk terus mengejar Cinta Allah.

"insyaAllah, semoga ini adalah yang terbaik untuk diriku dan ummah," rintih aku...

sumber imej: google

Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...