Skip to main content

Antara bola dan mentaliti

imej: google
Bola sepak. Satu permainan yang menjadi kegilaan kebanyakan masyarakat di muka bumi ini. Satu sukan yang kadang kala mampu menyatukan semua pihak dan kadang kala juga mampu memecah belahkan manusia. Sukan yang dijulang begitu tinggi di mata manusia berbanding sukan-sukan yang lain. Hebat. Tapi itu semua bukan yang aku ingin kupas untuk artikel kali ini.

Sebenarnya, beberapa hari yang lalu (19/8/2015), aku berkesempatan untuk hadir satu perlawanan bola sepak antara Terengganu dan PDRM di Stadium Sultan Mizan , Gong Badak Kuala Terengganu. Kali pertama menonton perlawanan bola sepak secara langsung di stadium. Teruja. Sudah tentu satu pengalaman yang bagi aku agak menarik.

Sama-sama bersorak apabila ada gol yang dijaringkan, sama-sama menyanyikan lagu negeri dengan penuh bangga dan sama-sama memberi semangat untuk pasukan Terengganu. Rasa aura melihat perlawanan bola sepak yang agak berbeza dan lebih syok.

Namun begitu, mata aku ini kadang kala menjadi tidak sedap untuk memandang beberapa perkara atau gelagat manusia ketika di stadium tersebut. Pertamanya aku agak kecewa dengan sikap segelintir masyarakat kita yang langsung tidak menitik beratkan mengenai hal kebersihan. Sisa makanan dibiarnya begitu sahaja. Kulit kuaci dibiarkan bersepah di tempat duduk selepas asyik mengunyah kuaci sambil layan bola sepak. Adusss... sedih!

Selain itu, menonton bola ini sangat menguji akhlak dan adab kita. Mana tak nya. Jika bola tak masuk dalam gol, macam-macam perkataan keluar dari mulut ini. Tambahan pula, jika pengadil buat keputusan yang berat sebelah, bersempur kata-kata maki hamun terpancul dari mulut kita. Nak diburukkan lagi keadaan, ada segelintir yang melontar objek-objek kearah padang justeru akan mengakibatkan keadaan yang kotor dan bersepah! Kalau silap hari bulan, mungkin ada kecederaan dan sesuatu yang tak diingini berlaku. minta jauh.

Ahhh… Jangan anda semua salah anggap. Aku bukan ingin ‘mengutuk’ orang sendiri dan bukan juga aku nak kata tiada yang baik serta positif langsung. Perkara ini semua juga satu muhasabah untuk diri aku ini sebagai salah seorang warga tempatan yang cintakan kebersihan dan juga semangat kesukanan.  Sama-sama kita pertingkatkan perkara-perkara yang agak kurang memuaskan ini. Ayuh!

imej: google
Tambahan pula, baru-baru ini aku cukup kagum dengan satu gambar yang menjadi ‘viral’ di internet mengenai penyokong JDT yang mengutip sampah selepas tamat perlawanan. Satu ‘attitude’ yang sangat dan patut dicontohi serta diamalkan oleh semua peminat bola sepak tempatan.  Nah, ada yang positif kan. Bravo!
imej: google


Di samping itu juga, aku juga harus memberi ‘credit’ kepada peminat bola sepak tempatan kerana boleh beratur dan mengikut giliran untuk memasuki stadium. Tiada lagi berebut-rebut untuk memasuki stadium. Tahniah! Perkara ini harus menjadi budaya yang berterusan agar kita mampu melahirkan warga yang tinggi sivik nya dan semuanya menjadi lancar serta tenteram.


Natijahnya, aku berharap kita semua mampu meningkatkan lagi mentaliti serta kesedaran sivik kita sebagai warga negara yang bertanggungjawab terhadap negara kita ini. Semoga mutu sukan dinegara kita semakin menjulang tinggi seiring dengan adab dan akhlak peminat sukan di Malaysia. Insha Allah. Majulah sukan untuk negara.

#sehatisejiwa



carian: Negeri bersih rakyat sihat, bola sepak, bersih, terengganu terbersih.




Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...