Skip to main content

Travelog Musafir, Turki : Kediaman pemerintah, Topkapi Palace dan Domalbahce Palace

Assalamualaikum wrh.

Alhamdulillah sebab kita masih lagi dapat hidup dan menikmati segala nikmat pinjaman Allah swt.

Ketika berada di bumi Istanbul baru-baru ni, aku berpeluang untuk pergi ke Muzium Topkapi atau Topkapi Palace. Istana ini pernah didiami oleh pemerintah Turki ketika zaman pemerintahan sistem khilafah Uthmaniyah. Sebagai mana yang kita sedia maklum, antara barang tarikan di muzium ini adalah bekas tapak kaki Rasulullah, janggut Rasulullah, pedang2 Nabi dan sahabat, tongkat Nabi Musa dan lain-lain lagi. Tetapi kesahihannya tu tak pasti. Allahu'alam.

Pada dahulunya tempat ini adalah istana yang dibina untuk menempatkan pemerintah turki pada ketika itu sebelum dipindahkan ke Dolmahbace Palace. Aku juga berpeluang ke istana tersebut. Tergamam seketika apabila menjejakkan kaki ke dalan istana Dolmalbahce itu. Sungguh mewah dan ekslusif. Dikatakan syiling di sebuah ruang dalam istana tersebut diperbuat daripada EMAS! Ya emas. Sungguh kaya. Fuhhhh... sangat jauh berbeza dengan istana Topkapi yang agak sederhana dan ringkas.

Istana Domalbahce pernah dihuni oleh Mustafar Kemal Atartuk. Dan di sini jugalah beliau meninggal dunia. Kalau diperhatikan setiap jam yang terdapat di dalam istana ini, semuanya menunjukkan waktu 9.10. Ini kerana dikhabarkan pada waktu inilah beliau meninggal dunia.

Apa yang pasti, kekayaan yang kita miliki di dunia ini sifatnya sementara sahaja. Ianya tak dapat dibawa ke kubur mahupun menemani kite sepanjang berada di alam bazarkh. Yang pasti kita akan disoal adakah kita menyumbangkan sesuatu kepada Agama melalui harta itu?


Topkapi Palace














Domalbahce Palace












Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...