Skip to main content

Graduan Universiti Tarbiyah?



Assalamualaikum wrh....
Macam mane puasa kali ini? Harap-harap gempak la ye... erkkk, bkn gempak sakan membeli belah ataupun memborong juadah berbuka puasa tetapi gempak dalam melombong pahala melalui ibadat kite. Mudah-mudahan segala perlombongan serta pelaburan kite mendatangkan hasil yang lumayan. Insha Allah.

BERPUASA ATAU BERLAPAR?

Aku pasti mesti ramai diantara kita yang sdah acap kali mendengar kata-kata yang membawa kepada pengertian berpuasa itu sendirikan? Puasa bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum tetapi kite juga mesti mengawal nafsu dari melakukan maksiat. Ramai diantara kita yang beranggapan bahawa puasa tu sekadar kita tidak makan serta minum dan perkara lain tidak perlu
dijaga. Eh, korang! Tak rasa kerugian ke disitu kerana kita hanya mendapat letih sebagai 'ganjaran'. Lihatlah 'keluarga besar' kite di luar sana yang masih seronok bergelumang dalam maksiat. Mereka berpuasa tetapi mereka berpegangan tangan antara bukan muhrim. Mereka berpuasa tetapi pergaulan tidak dijaga. Mereka juga berpuasa sama macam kita, tetapi mereka meninggalkan perintah Allah. Langsung tidak terdetik rasa berdosa dalam hati mereka.... emmmm.... Adakah kita sebahagian daripada MEREKA itu? Jika 'ya' jawapannya, maka segeralah kita menghamparkan sejadah, sujud kepada si Maha Pegampun, menadah tangan meminta keampunan. Insha Allah, pintu taubat Allah sentiasa terbuka luas untuk hamba-Nya meminta keampunan lebih-lebih lagi didalam bulan yang mulia ini....

DISEBALIk PUASA

mampukah kita melawan nafsu kita itu?
Sesungguhnya puasa itu dapat mengawal nafsu seseorang. Nafsu yang tidak dikawal serta dibaja dengan baik akan mengakibatkan natijah yang buruk terhadap individu. Selain itu, puasa juga dapat mendidik kita untuk menjadi seorang yang lebih menghargai serta bersyukur. Mana tak nye. Kita tidak makan dan minum dalam satu tempoh lebih kurang 13 jam. Perasaan bersyukur dan menghargai rezeki patut atau lebih tepat lagi 'wajib' timbul dalam hati kita kerana kita masih diberi peluang oleh Allah untuk merasainya. "Mereka yang berpuasa itu akan mendapat 2 kegembiraan, salah satunya adalah ketika berbuka puasa". Di samping itu juga, puasa sewajarnya menginsafkan diri ini. Kita hanya tak makan dan minum dalam tempoh setengah hari sahaja. tetapi cuba kita lihat di sekeliling kita, ramai lagi yang kelaparan tanpa sesuap nasi dan seteguk air untuk tempoh yang lebih panjang. Bagaimana perasaan mereka? Cuba kita rajinkan jari ini untuk menaip serta mencari maklumat mengenai krisis saudara kita di Rohingnya, Palestine, Somalia dan banyak lagi. Mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tak beruntungkah kita? Alhamdulillah, Allah tidak menurunkan ujian sebegitu rupa kepada kita....



MODUS OPERANDI

Oleh itu, mari geng2 semua. Kita mulakan buku baru. Marilah kita berazam untuk 'lulus' dengan cemerlangnya dari Universiti Tarbiyah ini. Sematlah dalam hati untuk mengenggam ijazah yang mana mampu menyelamatkan kita di 'sana' nanti. Ayuh, kita pertingkatkan diri menjadi 'muslim super' suatu hari nanti. Ianya tidak mustahil. Jagalah sebaik-baiknya perkara 'wajib' yang telah diamanahkan kepada kita. Gandakanlah perkara sunat. Basahilah lidah kita ini dengan zikrullah. Basahilah pipi ini dengan air mata keinsafan. Perdengarkanlah telinga ini dengan perkara yang tidak melalaikan. Perlihatkanlah mata ini dengan bait-bait cinta dari-Nya. Awasilah tubuh badan ini dengan melakuan amal kebaikan. Insha Allah, 'istana akhirat' yang menjadi idaman kita akan kita jejaki. Semoga Firdausi menjadi obor penbakar semangat kita. Insha Allah...

Wassalam.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...