Skip to main content

ikan oh ikan

Assalamualaikum wrh...


Ikan. Ye ikan. Kenal tak ikan? Kalau tak kenal, tak tau la nak habaq ape lagi. Huhu. Sebut pasal ikan ni, agak lama la jugak si perut aku ni tak merasa ikan. Rindu la jugak nak makan ikan. Sabar2... terliur dah ni dengan ikan. Hehehe.

Dah2, usah layan sangat apa y aku cakap kat atas ye. Mengarut dan merepek je. Huhu. Tapi jap! Kali ni entry aku mengenai ikan. Ni bukan kes aku tak cukup makan ikan ke apa kat sini. Sini aku ingin bawa diri aku dan juga korang berfikir sejenak. Ok, give me your 3 minutes please. Hehe.

Ok. Soalan pertama aku, adakah kite ni seperti ikan? Aik, enche ashrul, soalan ape ni? macam bdak sekolah je. Huhu. Ok, Kite kan manusia, ikan tu haiwan... mesti lah lain. Aishhh... Budak tahun satu pun pandai jawab lar....

Huhu.. sabar. Meh baca lagi kat bawah ni. Cuba kita perhatikan ikan yang hidup di laut. Laut tu masin kan? Tapi nape bile kita makan ikan tu kita tak rasa masin air laut tu? (Kecuali kalau tertumpah garam dalam masakan. Hihihi....) Ikan tu akan menjadi manis JIKA gula ditambah.

Ok, buka minda dan buka hati korang. Cuba kita buat analogi. Ikan itu ibarat manusia yang beriman. Laut tu pula ibarat persekitaran manusia yang penuh dengan kemungkaran dan maksiat. Gula tu pula adalah dosa yang dilakukan.
Baik, faham lagi setakat ni? Kalau faham, alhamdulillah... kita pergi seterusnya.

Cuba bayangkan, alangkah indahnya hidup kita ni kalau diri umpama ikan. Walaupun dikelilingi kondisi masyarakat yang bergelumang dalam maksiat. Namun, sedikitpun tidak goyah dek godaan itu. Iman tetap teguh pada Islam dan hanya bertuhankan Allah yang Satu. Iman itu hanya akan tercemar sekiranya kemungkaran menjadi santapan.

Benar! Manusia itu tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Aku, kamu, dia, kita, mereka, semuanya pernah melakukan dosa. Tetapi, mengulangi kesilapan kita tu adalah satu perkara yang sangat rugi la bro.... kenapa kita ulangi kesalahan yang sama? Namun, perlu kita tahu yang Allah tak kejam. Allah sangat sayangkan kite. Bertaubatlah kepada Allah, inshaAllah.

IN OUR LIFE, WE DO THE BEST AND ALLAH WILL DO THE REST!

So, apa lagi bro-bro dan sis-sis sekalian. Jom! Kita jadi seperti ikan yang tidak terpengaruh dengan segala maksiat itu. Ok, macam mana? Faham kan? Alhamdulillah.... itu je. Jangan lupe baca entry aku lain kali pulak ye...

assalamualaikum wrh....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...