Skip to main content

warna-warni perjalananku- Islam semakin menyinar

situasi: 
korang berada dalam kalangan manusia yang korang tak kenal pun. ntah baik atau tak manusia itu. keadaannya amat berbeza dengan diri korang. tengok muka mereka, korang jadi takut, marah, tak selesa dan sebagainya. korang rasa macam dunia ini gelap gumpita. lepas tu, tetibe, korang jumpa dengan segelintir manusia yang sama macam korang.
persoalan: 
apa perasaan korang?

assalamualaikum wrh.

korang dah baca yang kat atas tu? so, apa perasaan korang tu? of coz la korang sangat2 gembira kan. ye la, hidup dikelilingi manusia yang sangat berbeza dengan korang, dengan muka bengis nye, sombong dan bla..bla..bla.. kalau tak gembira tu, memang korang ni tak de perasaan la.. hehe.. gurau2.

itulah perassan aku sebenarnya kat sini. kalau korang nak tau, insha Allah, semakin hari semakin ramai orang russia yang memeluk Islam. Islam semakin diterima di sini. alhamdulillah. bukan aku nak tipu korang, hampir setiap hari aku akan ternampak orang perempuan yang bertudung (orang islam).. jap2, kenapa aku 'highlight' perempuan ekk? sebab, kalau jejaka russia ni islam, kita tak nampak yang dia tu Islam kan? sbb tak bertudung, macam orang lain je. tp, kalau perempuan, kita boleh lihat dengan jelas.. betul? insha Allah....

ketika di universiti

ketika sama-sama tunggu bas

mereka ni bebas mengamalkan ajaran Islam di sini. pernah la juga kami solat berjemaah dengan orang2 islam russia ni. perasaan masa tu, hanya Allah sahaja yang tahu. bertapa kuatnya tali silaturrahim dan persaudaraan. walaupun kami ni berlainan bangsa, bahasa komunikasi, warna kulit, ketinggian dan sebagainya. itu semua bukanlah pemutus hubungan saudara seIslam kami... teringat akan kata-kata indah dari Allah,

“Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara” (Surah Al-Hujurat : Ayat 10)  

masjid dalam proses pembesaran...

selain itu, bukti Islam semakin memancarkan sinarnya di bumi russia adalah pembesaran masjid prospekt mira (nak tahu lebih lanjut bleh tanye pak cik google.. hehehe). masjid ni dulu boleh kira besar la. tapi, iannya telah tidak mampu untuk menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat. buktinya, ketika hari jumaat, pasti akan ada puluhan jemaah yang tak dapat menunaikan solat jumaat di dalam masjid. mereka terpaksa solat di luar bangunan masjid. tapi yang lagi hebat, ketika hari raya atau sebagainya. ribuan umat Islam solat di atas jalan raya tau! boleh bayang x? huhu...

setelah solat jumaat

lautan umat Islam...

Alhamdulillah, sinar Islam mula meresap dalam hati masyarakat di negara bekas komunis ini. walaupun hampir setiap hari negara barat melaungkan propaganda anti-Islam, namun kita lihatlah, Islam semakin mendapat tempat dalam hati penduduk dunia. ternyata Islam itu agama KEBENARAN.... insha Allah, zaman kegemilangan Islam akan kembali suatu hari nanti. ameennn... 

ISLAM ITU INDAH 

ok, itu je kot untuk dikongsi kali ni..

assalamualaikum wrh... jg dri korang!

p/s: gambar muslimah terpaksa dikaburkan atas menjaga maruah seorang wanita. tq.
 macam mana dengan Islam di negara kita??? persoalan untuk difikir bersama... peace!

SALAM SERIBU KALI SAYANG DARI BUMI MOSCOW!

Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege