Skip to main content

cerita "chemistry" dan "bonding" kerana Allah...

assalamualaikum wrh...

alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas kekuasaanya kita masih lagi mengharungi kehidupan yang indah ini. ingat, jgn kite ni sombong sangat sampai tak pernuh mensyukuri setiap nikmat yang Allah bagi ye.. nanti nikmat itu ditarik balik, tak ke menyesal,,... huhu... p/s: pesanan utk diri ini juga..

so, pada hari ini aku rasa happy sangat. tak tau kenapa... haha... sebab ada makwe ke? uishhh.. tak la,,, jauh sekali untuk aku berkapel2 ni... huhu. alhamdulillah, hari ini Allah merahmati "ikatan" ukhuwah aku serta sahabat sekelas aku yang macam-macam perangai. hukhuk...

hari ni, dalam kelas bioorganic chemistry, lecturer aku tu memang terbaik la! sporting gile! nme die lyubov. hehehe. buat experiment pun enjoy semacam... last2 kelas, pakat ambik gmbr sampai lecturer tu merah padam! hahaha... and, antara kata-kata die yang buat aku tersentuh skit adalah,

"sebenarnya sudah lama saya nak ambil gambar dgn kamu semua. setiap minggu saya bawa kamera saya. tapi tiada masa..." *in english sebenarnye die cakap tuh... hehe.

so, i love you, madam! harap2 lepas ni semakin seronok aku belajar kimia ni ea....  aku harap "chemistry" yang ter"bonding" antara aku dan classmates aku ni semakin erat dan hingga ke syurga. insha Allah..  tu je kot... nah, aku tampalkan beberapa gambar untk korang.. ^ ^

assalamualaikum wrh.... see you!

SALAM SERIBU KALI SAYANG DARI BUMI MOSCOW!

ni aku dan lecturer yang paling baik!!

semoga lepas ni lebih memahami sbjk kimia... huhu

alhamdulillah...



Comments

  1. Cikgu Lyubov ckp cam tu ke? (rase nk nangis):'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu umar... rase cam tersentuh gak.. sbb die memang baik....

      Delete

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...