Skip to main content

cinta suci...



"aku berlindung daripada syaitan yang direjam..."
"dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..."
assalamualaikum wrb, kalam suci pembuka bicara.
semoga diri ini terus diberi kekuatan dan kenikmatan iman oleh Allah, insyaAllah. 

Allahmdulillah, kita masih lagi diberi peluang
untuk mendapatkan CINTA SUCI daripada Illahi.
cinta yang mampu membimbing kita ke arah jalan yang lurus.

seringkali kita lupa dan alpa
akan Si Dia yang Maha Pemberi Cinta Suci.
kenapa? mengapa?
kenapa kita agungkan Cinta kepada sang makhluk
berbanding cinta kepada Sang Pemberi Cinta?
sombong dan bongkaknya kita...

dibuai cinta sesama makhluk
sehingga terlupa akan amanah sebagai seorang Hamba
yang buruknya makhluk dikatakan indah
yang comotnya makhluk dikatakan cantik
yang dosanya makhluk dikatakan pahala
yang haramnya makhluk dikatakan halal
kenapa? mengapa?
kenapa kita tidak jujur dalam berkata-kata
sedangkan Cinta Suci bepaksikan kejujuran?

alangkah berbukitnya dosa kita...
berdua-duan dengan yang masih lagi haram bagi kita
bersentuhan dan berpegang tangan tanpa rasa malu
duhai serikandi, di manakah kesopanan dan keanggunanmu?
duhai perwira, dimanakah perisai agama dan imanmu?
adakah ianya sudah lenyap dek kerana hawa nafsu?
adakah kamu tenggelam dengan mainan syaitan yang direjam?
adakah kamu lemas dalam lautan khayalan dunia ini?

ayuh perwira dan serikandi Islam!
bangkitlah dari lenaan mimpi semalam,
bangunlah dari kelemahan semalam,
usah kita termakan dengan janji-janji dunia yang sementara,
usah kita tergoda dengan bisikan syaitan dan hawa nafsu.

duhai serikandi Islam, balutilah diri dengan agama.
duhai perwira Islam, bentengkanlah jiwa dengan iman dan taqwa.
kembalikanlah semangat Umar al-khatab wahai perwira!
suburkanlah dengan jiwa Sumayyah wahai serikandi!
berpeganglah pada Islam dikala terpesong jauh,
bertongkatlah pada al-Quran dikala tersungkur rebah,
bertautlah pada doa dikala lemah dan longlai,
semoga kita mendapat CINTA SUCI yang kekal abadi
 dariapa Sang Pencipta... amin...




nukilan: musafir

Comments

  1. cinta allah cinta yg abadi..
    mga peroleh redhaNya tika mnyusuri prjalanan mncri erti dlm khidupan ini..insyaAllah.all da best

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege