Skip to main content

ada apa dengan hati?

Assalamualaikum wrb.
Apa khabar iman anda semua? Harap semua kita masih lagi mendapat taufik dan hidayah dari Allah. InsyaAllah. Amin.

Agak lama blog aku ini kosong dan tidak bermaya kan? Al maklum sajalah, kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan memang agak sibuk. Namun, teringat akan amanah sebagai seorang hamba Allah, aku akan tetap cuba mencari ruang dan peluang untuk mengungkapkan bait-bait kata bagi manfaat kita bersama. InsyaAllah.


Untuk entry kali ini, aku rasa hendak sembang-sembang mengenai HATI. Haaa, apa dalam fikiran korang? Jom share! Huhu. Bagi aku, hati ini ibarat raja dalam diri manusia. Macam dalam sesebuah negara, raja adalah yang paling berkuasa. Begitu juga dengan hati. Hati merupakan satu perkara yang diciptakan oleh Yang Maha Agung untuk setiap hambaNya.

Banyak juga pepatah melayu dulu kala yang berkaitan dengan hati, bukan? Contohnya baik hati, busuk hati, hati batu, dan sebagainya. Kenapa "hati"? Kenapa tidak 'baik tangan' ke, 'busuk kepala' ke? Pernah terfikir?

" Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhori)

Jelas. Hati memainkan peranan yang amat signifikan dalam kehidupan kita. Jika hati itu elok, maka eloklah seluruh tubuhnya. Kita lihat, bertapa ramai sahabat kita di luar sana yang hatinya masih lagi ditambat oleh hawa nafsu yang asyik memutarkan iklan-iklan "menarik" bagi menggoda mereka yang rapuh.

Mereka yang hatinya mudah retak akibat tidak di'simen' dengan iman dan taqwa akhirnya tersungkur ke dalam lembah kehinaan. Titik-titik hitam mula mengotori hati mereka. Jiwa mereka sudah tidak setenang air tasik yang mendamaikan. Penuh kelodak-kelodak memenuhi jiwa mereka akibat dari pilihan mereka sendiri.

Namun, menjadi tanggungjawab kita kali ini adalah bagaimana kita sama-sama mendapatkan hati seputih salju, sejernih air di sungai dan setenang waktu pagi yang mendamaikan?

"seputih-putih salji, putih lagi hati yang disirami kalimah suci al-quran"
"sejernih-jernih air sungai, jernih lagi hati yang dibaluti amal ibadah kepada Allah"
"setenang-tenang waktu pagi, tenang lagi hati yang selalu mengingati Si Pencipta"


Hanya iman yang mampu menyelamatkan hati ini daripada terus di"cabul" oleh syaitan laknatullah. Ayuhlah, kita sama-sama bentengkan diri dengan bait-bait cinta dari Allah iaitu Al-Quran, perkemaskan diri dengan pakaian ibadah kepada Maha Pencipta, dan semburkan wangian cinta kepada Islam. InsyaAllah, mudah-mudahan hati kita ini mampu diselamatkan. Amin.

Itu yang mampu aku lakarkan untuk kali ini. Segala yang baik itu adalah datangnya dari Tuhan sekalian alam dan segala kecacatan itu adalah dari kelemahan aku insan yang serba kekurangan. Semoga kita mendapat sesuatu daripada bacaan ini.

assalamualaikum wrb... jumpa lagi!
salam seribu kali sayang dari bumi moscow!


Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...