Skip to main content

somalia, kami bersamamu...


assalamualaikum wrb...
apa khabar sahabat pembaca sekalian. harap2 keimanan kita
semakin meningkat serta bertambah.. insyaAllah.







melihat gambar-gambar diatas, apakah perasaan kita? sedih?

Menurut UN Children’s Fund (UNICEF) dalam laporan di aljazeera.net melaporkan 500 000 kanak-kanak Somalia menghadapi keadaan yang boleh mengancam nyawa dan mempunyai akibat yang berpanjangan bagi pembangunan fizikal dan mental mereka.

marilah kita sama-sama merenung sejenak, menginsafi diri kita ini.

kita mewah berpakaian sedangkan
 mereka bertelanjang tanpa pakaian.
kita makan dengan lazatnya sedangkan
mereka bermatian mencari sesuap nasi.
kita lena diatas katil empuk sedangkan
 mereka bertilamkan bumi retak seribu.
kita berteduh dibawah mahligai mewah sedangkan 
mereka berbumbungkan langit biru.
kita cantik berpakaian serba baru sedangkan
 mereka kain buruk menjadi balutan.
kita bergaya dengan "gadget" canggih sedangkan 
mereka tidak kenal apa itu teknologi.
kita sentiasa bergelak ketawa sedangkan
mereka asyik menitis air mata kesengsaraan.

saudaraku, engkau tetap dihati kami,
tabahkanlah hatimu kuatkanlah tekadmu,
Allah masih berada bersama kita,
keperitan di dunia ini hanyalah seketika,
janji Allah di akhirat sana adalah tidak terkira,
bagi mereka yang mengerti apa itu kesabaran dunia.

duhai teman, duhai sahabat, duhai saudara islamku,
marilah kita sama-sama berdoa agar saudara kita disana
dan juga di seluruh dunia ini
diberi kekuatan oleh Allah dalam menghadapi ujian-Nya,
dicekalkan hati menempuh segala onak dan duri,
dan seterusnya mendapat ganjaran di akhirat kelak...
aminn....






Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...